SELAMAT TAK BAYI MINUM AIR MASAK?

Isu air masak ni selalu jadi persoalan mak mak. Memang lah air masak tu bagus nau nau untuk orang dewasa tapi bayi hanya boleh bagi minum air masak banyak lepas umur setahun.
.
.
Jika usia bayi belum mencapai 6 bulan, air yang boleh masuk dalam perut baby hanyalah susu ibu sahaja. Ye...susu ibu sahaja. Kalau ibu ada masalah sampai tak boleh beri susu ibu, maka bagi susu formula khas untuk bayi.
.
.
Tak macam perut orang dewasa yang boleh isi banyak kemain, perut bayi adalah sangat fix. Jadi bayi kurang hanya makan dan minum berdasarkan volume. Jadi kalau dah bagi air masak, takdelah space untuk makanan/ susu. Bila takde space, baby taknak minum susu/makan. Dahlah air masak tu takde kalori. Baby perlukan kalori dan nutrient untuk membesar.
.
.
Lagipun, untuk baby bila minum banyak banyak sangat akan sebabkan water intoxication. Water intoxication ni terjadi bila buah pinggang berusaha menyingkirkan air termasuk garam dan electrolytes melalui air kencing. Bila badan kurang garam dan electrolytes, bayi boleh kena sawan atau worst come to worst adalah coma.
.
.
Untuk bayi kurang setahun, cukuplah beri susu sahaja. Lepas setahun bolehla nak bagi air masak ok? Jangan lupa cuba toddible babyfood bila baby dah boleh makan!! Makanan bayi sihat BEBAS gula, garam, pengawet!
.
.
Kongsikan info ini dengan ramai ibu-ibu. Jangan lupa FOLLOW dan set saya SEE FIRST untuk tak ketinggalan mendapatkan info kesihatan, pemakanan dan perkembangan bayi.
.

No comments