IKAN: MERCURY DAN KETUMBAR


.Harini saya nak discuss mengenai 3 benda ni yang saya rasa sangat penting. Yang pertama mengenai pencemaran laut dengan mercury menyebabkan ikan ada mercury. Bila ikan ada mercury, selamatkah ikan dimakan manusia? Dan seterusnya..betulkah ketumbar menghilangkan mercury.


.
Artikel harini sangat panjang. Saya cuba pendekkan, Ok macam ni, industri yang menggunakan coal atau arang melepaskan mercury di udara. Banyak mercury mendap di lautan.
.
.
Ikan mendapat mercury melalui mendapan mercury di dasar lautan. Jadi mercury deposited dalam badan ikan melalui 2 cara: pernafasan dan pemakanan. Pernafasan melalui insang. Pemakanan ni apabila ikan besar memakan ikan kecil.
.
.
Malangnya, mercury yang deposited dalam ikan ni adalah sejenis organic mercury - methylmercury. Maksudnya, organic mercury tidak dapat disingkirkan dengan cara membuang kulit ikan, membuang organ dalaman ikan. Sebab logam berat ini terikat kuat bersama daging-daging dalam ikan.
.
.
Mercury sangat bahaya pada DUA golongan. Pertama, wanita yang #mengandung. Mercury boleh melepasi placenta dan mengenai bayi. Mercury merosakkan sistem saraf menyebabkan masalah kepada #otak#pendengarandan #penglihatan. Golongan kedua, adalah #infant.
.
.
Namun....adakah patut kita menghalang anak kita dari memakan ikan kerana merkuri?
.
.
Ikan mengandungi omega-3 dan DHA yang membantu perkembangan otak. Kanak-kanak yang makan ikan sebenarnya mempunyai immunity yang lebih kuat dan penglihatan yang lebih jelas. Serta perkembangan otak yang lebih cepat.
.
.
Coriander/ cilantro atau daun ketumbar dikatakan mampu menghalang mercury dari diserap oleh mercury. Kajian dari Dr Omura mengatakan bila pesakitnya makan Vietnamese soup yang mengandungi cilantro, banyak mercury keluar daripada #air_kencing. (Bila sesuatu bahan heavy metal seperti mercury ni keluar dari badan, ia akan disingkirkan melalui najis.
.
.
Namunn...sebaik-baiknya kita haruslah elakkan makan ikan yang mengandungi tinggi mercury seperti:
.
1. Shark/ jerung
2. swordfish/ ikan todak
3. snapper/ jenahak
4. mackerel
.
.
Kalau tak pasti ikan ni ikan yang ada merkuri atau tidak, pilih ikan yang kecil. Ikan kecil biasanya ikan yang masih muda jadi belum lama terdedah pada merkuri. Ikan kecil juga bukan predator yang makan ikan-ikan lain. Jadi adalah lebih selamat. Nak pilih toddible Happy Floss tuna pun boleh!
.
.
Untuk kita yang risau terdedah pada mercury dari bahan-bahan semulajadi dan kosmetik, buatlah jus daun ketumbar. Kuantiti daun tu kena segenggam. Minum selama 10 hari. InsyaAllah paras mercury dalam badan akan berkurang. InsyaAllah tak jadi Mad Hatter Disease yang orang takut-takutkan. Yang penting insaf dan buat pilihan yang sihat.
.
.
Terjawab semua persoalan?
.
.
#toddible
.
.
Amalina Mohd Daud
Founder toddible

No comments