Harini abang ikut pergi office sebab masih tak sihat. Babah pulak pergi bni ada talk dia memang nak pergi. So harini mak jadi babysitter jaga dua budak. Ikutkan hati memang nak stay kat rumah. Tapi sebab pekerja ramai baru-baru so close monitoring tu memang perlu sangat-sangat.
.
.
Di kala ibu muda (saya lah tu) gigih bekerja, abang ambil keputusan untuk tantrum. Terasa macam ya Allah sabarjelah. Di kala babah takde, di kala itulah yang dia nak mengamuk kat office. Dari pagi sampai petang.
.
.
.
Di kala ibu muda (saya lah tu) gigih bekerja, abang ambil keputusan untuk tantrum. Terasa macam ya Allah sabarjelah. Di kala babah takde, di kala itulah yang dia nak mengamuk kat office. Dari pagi sampai petang.
.
.
Puncanya dalam beg dia ada hadiah birthday celebration kengkawan yang tersimpan dalam beg dia. Dan guess what dalam tu ada chocolate. Oh my....chocolate memang dugaan. Saya memang tak suka anak makan chocolate yang manis sebab dia malas berus gigi. Jadi makan chocolate selain mudah dapat karies gigi juga menyebabkan anak ada masalah tingkahlaku, masalah imuniti rendah.
.
.
Oleh kerana saya refuse nak bagi dia makan, dia mulalah episod tantrum. Menjerit-jerit bagai dipukul. Saya pun diam kan dan tenangkan sesekali. Kalau kita bagi perhatian dan tunduk ikut dia bagi chocolate, kita tak mengajar dia chocolate itu tak baik. Kalau kita marah, maka kita kira beri perhatian pada tantrum dia in a bad way. Good or bad is still an attention.
.
.
So dari pagi sampai petanglah dia mengamuk-ngamuk nak kan chocolate. Tengahari tertidur sebab penat bangun sambung balik. Boleh pulak kann. Alhamdulillah waktu saya menulis post ni dia dah bertenang.
.
.
Sebenarnya ada cara untuk elak tantrum.
.
1. Kalau boleh avoid perkara yang buat dia tantrum
- dalam kes ni saya pun tak tau ada hadiah birthday tu. kalau tau memang sorok je coklat tu. So benda yang kita taknak bagi kalau boleh jangan ada dalam rumah.
.
2. Avoid perkara yang menyumbang pada tantrum
- kalau dia lapar, bagi makan. Kalau dia ngantuk, tidurkan. Kalau dia stress, tenangkan. Time pagi tadi abang mengantuk. Tu yang senang dia nak tantrum.
.
3. Sedar awal bibit bibit awal anak nak tantrum
- kalau anak marah, sedih, geram, banyakkan bercakap dengan anak mengenai perasaan dia. Kenapa abang marah. cuba abang bagitau mommy, apa perasaan abang, apa abang fikir.
- walaupun anak tak pandai cakap, tetap buat
- ni saya termiss sebab banyak pulak kerja dekat office.
.
.
.
Namun, kalau anak sudah ke fasa tantrum, mak mak kena ambil langkah di bawah.
.
1. Bertenang atau pura-pura bertenang
- orang yang tenang akan menang
- kalau marah, maknanya tantrum dia berkesan pada kita. walaupun kita rasa nak stop tantrum dia dengan marah, benda tu takkan berkesan sebab dia rasa kita beri perhatian pada tantrum dia.
.
2. Tunggu sampai tantrum dia berkurang
- kita kena tunggu dekat dia. sampai tantrum dia berkurang.
.
3. Bercakap dengan anak tentang perasaan dia
- once tantrum dia berkurang dan dia dah boleh reason out. Bercakap dengan dia tentang sebab kenapa dia tantrum: Kenapa abang nangis? abang sedih babah takde ya. Takpe mummy tau. Nanti babah balik ya!
.
4. Konsisten
- Kalau kalini tantrum dia sebab coklat. Memang tak boleh bagi coklat langsung sampai bila-bila. Kalau bagi, kita lah yang jemput masalah sendiri.
.
.
.
awal-awal memang susah nak handle anak tantrum. Namun kena tenang, teguh dan yakin bahawa tantrum ni boleh diurus. Walaupun seluruh office dah berantakan sebab tantrum abang, namun akhirnya suasana kembali tenang apabila saya berjaya reason out dengan abang.
.
.
Abang tak dapat coklat
Abang sampai bila-bila tak boleh dapat coklat.
.
.
.
#toddible
#jangan_bagi_hadiah_coklat_ya
#welovekids
Amalina Mohd Daud
Mak anak tantrum
Mak anak tantrum
No comments