Kita mak mak selalu ingat bila kita puji anak, ia akan meningkatkan self esteem anak. Tapi tahu tak bila kita selalu puji anak kita meningkatkan kebolehan anak untuk berkembang?
.
.
Fixed Mindset vs Growth Mindset
==========================
.
Ada dua jenis mindset. Mindset ini dibentuk daripada pendidikan dan pengalaman seseorang. Mindset boleh diubah tapi sukar. Memerlukan terapi dan latihan tertentu untuk ubah mindset seseorang.
.
.
1. Fixed mindset
.
Mindset di mana kebolehan dan bakat seseorang memang lahir dari dalam diri. Dia boleh berjaya kalau ada bakat dan tak boleh berjaya kalau takde bakat dalam satu bidang. Contoh - Ali ada suara merdu jadi Ali percaya dia boleh menyanyi. Aminah tiada suara merdu cari Aminah percaya dia tidak boleh menyanyi.
.
Bakat dan kebolehan sangat fix dan tidak boleh berubah. Dia percaya orang berjaya kerana kebolehan dan orang gagal kerana tiada bakat. Maka orang begini sangat takutkan cabaran dan sangat takutkan kegagalan.
.
2. Growth mindset
.
Mindset di mana semua manusia boleh berjaya dalam apa jua bidang asalkan dia usaha keras. Kalau takde bakat dalam menyanyi, usaha ke vocal class. Kalau takde bakat dalam berbisnes, maka pergi kelas.
.
Mereka percaya kalau gagal, cuba lagi next time. Mereka sangat preservere. kalau jatuh 100 kali, bangun 101 kali. Masalah hanyalah peluang untuk lebih berjaya. Gagal bererti usaha belum cukup.
.
.
Mindset bukan sahaja menentukan kejayaan malah mindset affect manusia dalam perhubungan, sekolah, kerja dan banyak perkara
.
.
Pujian Menghancurkan
===================
.
Apabila anak melakukan sesuatu dan berjaya dan kita memuji seperti : Wah Amin. Tahniah. Pandai lah Amin! --> Kita sebenarnya menguatkan fixed mindset pada anak. Anak rasa sebab dia pandai (bakat) baru dia berjaya. Dan anak takut kalau dia tak berjaya. Akhirnya, anak takut mencuba dan sekiranya ada masalah, anak akan mudah untuk give up.
.
.
.
Habis tu kalau anak tak berjaya tak perlu puji ke?
=====================================
.
Sebenarnya boleh tapi kena puji dengan cara yang betul iaitu PROCESS PRAISE. => Wah, Amin setelah berusaha tak tidur malam belajar akhirnya Amin cemerlang dalam peperiksaan.
.
.
Pujian dan kaitkan dengan usaha kerasnya akan mengukuhkan growth mindset. Jangan puji kerana bakat puji lah kerana usahanya tanpa henti.
.
.
Tapi AWAS jangan pulak tersalah puji!
==============================
.
Bila anak berjaya BARU puji.
.
JANGAN puji bila anak tak berjaya. JANGAN buat seperti ini => Takpe Amin dah buat yang terbaik.
.
Sebaliknya jika tak berjaya, katakan pada Amin : Ok mari kita check apa yang Amin salah buat sampai Amin tak capai target!
.
Amin kena usaha lagi!
.
Amin kena cuba lagi! Jangan putus asa!
.
.
.
Kalau kita puji pada waktu anak tak capai target, kita merompak peluang anak untuk buat yang terbaik pada masa akan datang. Sedangkan kegagalan bukanlah satu kesedihan. Bahkan kegagalan itu sebenarnya peluang untuk usaha lebih lagi dan jadi yang terbaik.
.
.
Sedarkan anak hidup ini adalah proses. Bakat semulajadi itu anugerah. Namun, usaha yang berterusan dan semangat tidak putus asa yang bring people forward. InsyaAllah apape cabaran mendatang kita tak risau anak kita tak boleh hadap. Sebab anak kita dah ada growth mindset. Orang growth mindset adalah orang yang kita kata = campaklah ke pulau, hidup je!
.
.
SHARE kan post ni untuk panduan parenting kita bersama. Sama-sama kita bina growth mindset untuk anak. oh ya! Jangan lupa baiki mindset sendiri jugak. Tak mungkin ibubapa yang fixed mindset boleh besarkan anak menjadi growth mindset!
.
.
Dah habis baca? Komen lah SAYA DAH BACA!
.
.
Amalina Mohd Daud
Mindset kena betul baru semua betul
Founder TODDIBLE BABYFOOD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments