Kenapa tak boleh beri makan bayi kurang dari 6 bulan?

Ramai yang argue cakap kenapa tak boleh beri makan lebih awal. Saya rasa daripada kita tidak sefahaman berbalah, lebih baik saya bentangkan fakta kenapa tak boleh beri bayi makan kurang dari 6 bulan.
.
.
1. Untuk perlindungan bayi
.
Apabila bayi hanya exclusive breastfeed, bayi mendapat perlindungan #penuhdaripada susu ibu. Susu ibu mengandungi lebih 50 immune factor yang melindungi bayi dari penyakit. Susu ibu juga membantu perkembangan #bakteria_baik dalam usus.
.
Kajian mendapati apabila bayi menyusu susu ibu secara exclusive selama 3-4 bulan, bayi kurang risiko mendapat penyakit seperti
- masalah pernafasan (respiratory distress)
- jangkitan bahaya pada usus (necrotizing enterocolitis)
- type 1 diabetes
- allergy
- sudden infant death syndrome (SIDS)
- dan macam-macam lagi


.
.
2. Bayi belum boleh mencerna makanan
.
Usus bayi juga belum ada #enzyme yang boleh mencerna makanan seperti carbohydrate dan protein. Bila enzyme takde, bayangkan bubur kita bagi tidak dicernakan, dia akan jadi macam tapai dalam perut baby. Keluarkan gas menyebabkan bayi kembung dan tidak selesa.
.
.
3. Untuk mencegah obesity
.
Kajian mengatakan bayi yang diberi makan lebih awal berisiko untuk mendapat obesity. Kesian kan bayi bila besar mempunyai risiko obesity. Jom kita amalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk bayi/
.
.
Jadi mak mak tolonglah #penuhi_hak_bayi_anda_terhadap_makanan_sihatdan cuma beri bayi makan pada usia 6 bulan. Yakinlah susu untuk bayi dah mencukupi. Bila bayi nangis, tidak semestinya bayi lapar. Mungkin perut tak selesa, mungkin bayi mengantuk, mungkin banyak sangat stimulation.
.
.
Bagi susu dulu ya. Nanti dah 6 bulan cari saya untuk borong #toddible! Boleh pilih rangkaian dari vege series, grains series dan travel series. Sesuai sangat untuk bayi seawal 6 bulan. Untuk pembelian boleh terus ke website kami www.toddible.com.my
.
.
Sebarkan info ini pada mak mak yang lain. Comment anda nak saya tulis mengenai apa lagi. FOLLOW saya dan jangan lupa untuk set saya SEE FIRST.
.
.
Dah habis baca jangan lupa komen DONE TQ!
.
.
#toddible
#raising_healthy_kids
.
.
Amalina Mohd Daud
Toddible makanan sihat untuk bayi dan kanak-kanaj

SELAMAT TAK BAYI MINUM AIR MASAK?

Isu air masak ni selalu jadi persoalan mak mak. Memang lah air masak tu bagus nau nau untuk orang dewasa tapi bayi hanya boleh bagi minum air masak banyak lepas umur setahun.
.
.
Jika usia bayi belum mencapai 6 bulan, air yang boleh masuk dalam perut baby hanyalah susu ibu sahaja. Ye...susu ibu sahaja. Kalau ibu ada masalah sampai tak boleh beri susu ibu, maka bagi susu formula khas untuk bayi.
.
.
Tak macam perut orang dewasa yang boleh isi banyak kemain, perut bayi adalah sangat fix. Jadi bayi kurang hanya makan dan minum berdasarkan volume. Jadi kalau dah bagi air masak, takdelah space untuk makanan/ susu. Bila takde space, baby taknak minum susu/makan. Dahlah air masak tu takde kalori. Baby perlukan kalori dan nutrient untuk membesar.
.
.
Lagipun, untuk baby bila minum banyak banyak sangat akan sebabkan water intoxication. Water intoxication ni terjadi bila buah pinggang berusaha menyingkirkan air termasuk garam dan electrolytes melalui air kencing. Bila badan kurang garam dan electrolytes, bayi boleh kena sawan atau worst come to worst adalah coma.
.
.
Untuk bayi kurang setahun, cukuplah beri susu sahaja. Lepas setahun bolehla nak bagi air masak ok? Jangan lupa cuba toddible babyfood bila baby dah boleh makan!! Makanan bayi sihat BEBAS gula, garam, pengawet!
.
.
Kongsikan info ini dengan ramai ibu-ibu. Jangan lupa FOLLOW dan set saya SEE FIRST untuk tak ketinggalan mendapatkan info kesihatan, pemakanan dan perkembangan bayi.
.

MEMUJI ANAK MEROSAKKAN ABILITY ANAK UNTUK BERKEMBANG

Kita mak mak selalu ingat bila kita puji anak, ia akan meningkatkan self esteem anak. Tapi tahu tak bila kita selalu puji anak kita meningkatkan kebolehan anak untuk berkembang?


.
.
Fixed Mindset vs Growth Mindset
==========================
.
Ada dua jenis mindset. Mindset ini dibentuk daripada pendidikan dan pengalaman seseorang. Mindset boleh diubah tapi sukar. Memerlukan terapi dan latihan tertentu untuk ubah mindset seseorang.
.
.
1. Fixed mindset
.
Mindset di mana kebolehan dan bakat seseorang memang lahir dari dalam diri. Dia boleh berjaya kalau ada bakat dan tak boleh berjaya kalau takde bakat dalam satu bidang. Contoh - Ali ada suara merdu jadi Ali percaya dia boleh menyanyi. Aminah tiada suara merdu cari Aminah percaya dia tidak boleh menyanyi.
.
Bakat dan kebolehan sangat fix dan tidak boleh berubah. Dia percaya orang berjaya kerana kebolehan dan orang gagal kerana tiada bakat. Maka orang begini sangat takutkan cabaran dan sangat takutkan kegagalan.
.
2. Growth mindset
.
Mindset di mana semua manusia boleh berjaya dalam apa jua bidang asalkan dia usaha keras. Kalau takde bakat dalam menyanyi, usaha ke vocal class. Kalau takde bakat dalam berbisnes, maka pergi kelas.
.
Mereka percaya kalau gagal, cuba lagi next time. Mereka sangat preservere. kalau jatuh 100 kali, bangun 101 kali. Masalah hanyalah peluang untuk lebih berjaya. Gagal bererti usaha belum cukup.
.
.
Mindset bukan sahaja menentukan kejayaan malah mindset affect manusia dalam perhubungan, sekolah, kerja dan banyak perkara
.
.
Pujian Menghancurkan
===================
.
Apabila anak melakukan sesuatu dan berjaya dan kita memuji seperti : Wah Amin. Tahniah. Pandai lah Amin! --> Kita sebenarnya menguatkan fixed mindset pada anak. Anak rasa sebab dia pandai (bakat) baru dia berjaya. Dan anak takut kalau dia tak berjaya. Akhirnya, anak takut mencuba dan sekiranya ada masalah, anak akan mudah untuk give up.
.
.
.
Habis tu kalau anak tak berjaya tak perlu puji ke?
=====================================
.
Sebenarnya boleh tapi kena puji dengan cara yang betul iaitu PROCESS PRAISE. => Wah, Amin setelah berusaha tak tidur malam belajar akhirnya Amin cemerlang dalam peperiksaan.
.
.
Pujian dan kaitkan dengan usaha kerasnya akan mengukuhkan growth mindset. Jangan puji kerana bakat puji lah kerana usahanya tanpa henti.
.
.
Tapi AWAS jangan pulak tersalah puji!
==============================
.
Bila anak berjaya BARU puji.
.
JANGAN puji bila anak tak berjaya. JANGAN buat seperti ini => Takpe Amin dah buat yang terbaik.
.
Sebaliknya jika tak berjaya, katakan pada Amin : Ok mari kita check apa yang Amin salah buat sampai Amin tak capai target!
.
Amin kena usaha lagi!
.
Amin kena cuba lagi! Jangan putus asa!
.
.
.
Kalau kita puji pada waktu anak tak capai target, kita merompak peluang anak untuk buat yang terbaik pada masa akan datang. Sedangkan kegagalan bukanlah satu kesedihan. Bahkan kegagalan itu sebenarnya peluang untuk usaha lebih lagi dan jadi yang terbaik.
.
.
Sedarkan anak hidup ini adalah proses. Bakat semulajadi itu anugerah. Namun, usaha yang berterusan dan semangat tidak putus asa yang bring people forward. InsyaAllah apape cabaran mendatang kita tak risau anak kita tak boleh hadap. Sebab anak kita dah ada growth mindset. Orang growth mindset adalah orang yang kita kata = campaklah ke pulau, hidup je!
.
.
SHARE kan post ni untuk panduan parenting kita bersama. Sama-sama kita bina growth mindset untuk anak. oh ya! Jangan lupa baiki mindset sendiri jugak. Tak mungkin ibubapa yang fixed mindset boleh besarkan anak menjadi growth mindset!
.
.
Dah habis baca? Komen lah SAYA DAH BACA!
.
.
Amalina Mohd Daud
Mindset kena betul baru semua betul
Founder TODDIBLE BABYFOOD

IKAN: MERCURY DAN KETUMBAR


.Harini saya nak discuss mengenai 3 benda ni yang saya rasa sangat penting. Yang pertama mengenai pencemaran laut dengan mercury menyebabkan ikan ada mercury. Bila ikan ada mercury, selamatkah ikan dimakan manusia? Dan seterusnya..betulkah ketumbar menghilangkan mercury.


.
Artikel harini sangat panjang. Saya cuba pendekkan, Ok macam ni, industri yang menggunakan coal atau arang melepaskan mercury di udara. Banyak mercury mendap di lautan.
.
.
Ikan mendapat mercury melalui mendapan mercury di dasar lautan. Jadi mercury deposited dalam badan ikan melalui 2 cara: pernafasan dan pemakanan. Pernafasan melalui insang. Pemakanan ni apabila ikan besar memakan ikan kecil.
.
.
Malangnya, mercury yang deposited dalam ikan ni adalah sejenis organic mercury - methylmercury. Maksudnya, organic mercury tidak dapat disingkirkan dengan cara membuang kulit ikan, membuang organ dalaman ikan. Sebab logam berat ini terikat kuat bersama daging-daging dalam ikan.
.
.
Mercury sangat bahaya pada DUA golongan. Pertama, wanita yang #mengandung. Mercury boleh melepasi placenta dan mengenai bayi. Mercury merosakkan sistem saraf menyebabkan masalah kepada #otak#pendengarandan #penglihatan. Golongan kedua, adalah #infant.
.
.
Namun....adakah patut kita menghalang anak kita dari memakan ikan kerana merkuri?
.
.
Ikan mengandungi omega-3 dan DHA yang membantu perkembangan otak. Kanak-kanak yang makan ikan sebenarnya mempunyai immunity yang lebih kuat dan penglihatan yang lebih jelas. Serta perkembangan otak yang lebih cepat.
.
.
Coriander/ cilantro atau daun ketumbar dikatakan mampu menghalang mercury dari diserap oleh mercury. Kajian dari Dr Omura mengatakan bila pesakitnya makan Vietnamese soup yang mengandungi cilantro, banyak mercury keluar daripada #air_kencing. (Bila sesuatu bahan heavy metal seperti mercury ni keluar dari badan, ia akan disingkirkan melalui najis.
.
.
Namunn...sebaik-baiknya kita haruslah elakkan makan ikan yang mengandungi tinggi mercury seperti:
.
1. Shark/ jerung
2. swordfish/ ikan todak
3. snapper/ jenahak
4. mackerel
.
.
Kalau tak pasti ikan ni ikan yang ada merkuri atau tidak, pilih ikan yang kecil. Ikan kecil biasanya ikan yang masih muda jadi belum lama terdedah pada merkuri. Ikan kecil juga bukan predator yang makan ikan-ikan lain. Jadi adalah lebih selamat. Nak pilih toddible Happy Floss tuna pun boleh!
.
.
Untuk kita yang risau terdedah pada mercury dari bahan-bahan semulajadi dan kosmetik, buatlah jus daun ketumbar. Kuantiti daun tu kena segenggam. Minum selama 10 hari. InsyaAllah paras mercury dalam badan akan berkurang. InsyaAllah tak jadi Mad Hatter Disease yang orang takut-takutkan. Yang penting insaf dan buat pilihan yang sihat.
.
.
Terjawab semua persoalan?
.
.
#toddible
.
.
Amalina Mohd Daud
Founder toddible

BETUL KE CHICKEN BONE BROTH BERKHASIAT?



Semalam rasanya saya ter come across dengan seseorang yang buat post kata buang masa je buat chicken bone broth ni. Buang masa buang tenaga sebab takde khasiat. Saya macam eh first time jugak dengar ni. 
.
.
Soalnya betul ke bone broth ni takde khasiat?


.
.
Sebelum korang tanya apa tu bone broth. Saya cerita dulu la ya. Bone broth ni renehan tulang temulang ayam/ lembu selama berjam-jam. Amalan ni amalan nenek moyang dikatakan mampu mendapat khasiat. Bahan utama bone broth: tulang (dengan/ tanpa daging, air just nice, cuka sikit dan sayur)
.
Bone broth yang baik adalah yang kental bila disejukkan. Nak dapat yang kental ni ada yang masak sampai 2 hari dalam api yang paling sederhana. 
.
.
Dah masak penat-penat betul ke takde khasiat? 
.
.
Setakat jurnal yang saya go through semua kata bone broth ni BERKHASIAT. Maka saya senaraikan khasiat bone broth ni ya.
.
1. Membantu kesihatan usus
.
Gelatin tannate yang dihasilkan daripada bone broth ni menerusi kajian mampu mengelakkan keradangan usus. Gelatin tannate ni menghalang pembentukan sel sel yang menyebabkan keradangan usus.
.
.
2. Membantu menyembuhkan masalah selesema dan batuk
.
Bone broth membantu meningkatkan kekebalan tubuh dalam melawan penyakit. Bila diberi bone broth pada bayi yang ada selesema dan batuk, bone broth membantu cepatkan penyembuhan dengan menghalang sel-sel yang menyebabkan keradangan. 
.
Selain menghalang sel yang sebabkan keradangan. kandungan amino acid
.
3. Kulit yang cantik
.
bone broth membantu meningkatkan collagen . Bila collagen banyak, kulit pun lebih anjal dan lebih lembap. So nak kulit cantik kena amalkan minum chicken bone broth
.
.
Hari ni saya bagi 3 je benefit bone broth. Sebenarnya banyak lagi khasiat bone broth ni. Bagus jugak untuk kanak-kanak yang ada attention deficit tu. Bone broth yang lama-lama reneh tu insyaAllah berkhasiat untuk seisi keluarga. 
.
.
Untuk mak mak yang ada baby yang tak sihat, kurang berat badan atau yang sihat pun boleh...nanti panaskan bone broth ni letak air sikit. Lepas tu campur je dengan Toddible grains series. Yang dah besar sikit boleh campur dengan Toddible toddler porridge. 
.
SHARE kan post ini untuk tatapan ibu lain ya! Mak mak baca sampai habiskan? 
.
.
#toddible
#welovebaby
#welovekids
#raising_healthy_kids
Amalina Mohd Daud
Tak jual bone broth, jual toddible je

MAINAN YANG SESUAI UNTUK BAYI MENGIKUT PERINGKAT USIA



Banyak sangat kan toys untuk baby dekat pasaran. Kengkadang tak tau nak beli apa. Salah beli anak tak main. Salah beli dah membazir. Jom saya share toys apa yang sesuai ikut peringkat umur. 


.
.
1 bulan
Tak perlu mainan. Masa ni rajin-rajin kan buat berbagai ekspresi muka kat baby. Masa ni baby suka nak pegang rerambut mak. Masa baby tengah pandang, buat lah kelip kelip mata keluarkan lidah. Baby suka!
.
2 bulan
Waktu ni bila anak dah pandai buat bunyi kita tiru je. Baby pun dah pandai buat ekspresi muka macam-macam. Bila kita tiru dia tau kita tengah communicate dengan dia.
.
3 bulan
Mak kena rajin nyanyi untuk baby. Baby mudah terhibur. Nak berzikir pun boleh. Masa ni sesuai bagi baby main rattle.
.
4 bulan
Baby dah pandai gelak. Yayyy seronok dengar dia ketawa kekekekeke. Masa ni feveret mainan dia bubbles. Tiup bubbles mesti dia suka sesangat.
.
.
5-6 bulan
Masa ni belikan baby bola lembut. Sebab baby dah pandai nak transfer barang dari tangan satu ke satu lagi. Dan ni lah mainan yang paling dia seronok nak main.
.
Time ni jugak dah boleh buat reading time. Yayy cerita pada anak dan buatlah suara-suara dan nada yang best!!
.
.
7-8 bulan
Masa ni mainan kegemaran pinggan mangkuk plastic, remote tv, benda yang memang kita ada di rumah. Anak pun dah pandai main cakbah. Sendiri sorok sendiri teriak.
.
.
9-10 bulan
Mainan kegemaran adalah dekat rak mak dia yang dia boleh capai. So sediakan rak yang kosong yang dia boleh main dan letak mainan yang sesuai. Masa ni bolehla main sorok sorok. Hehe sorok tapi pastikan dia nampak anda nak pergi menyorok. Hepi dia bila jumpa!
.
.
11-12 bulan
Mainan kegemaran adalah alat music. Belikan yang mainan untuk menyokong motor dia. Kalau takde ketuk tin pun he is more than happy!
.
.
Kat sini kalau perasan saya menggunakan alat permainan yang sangat minima. Sebab saya percaya anak lebih cepat belajar menggunakan kebanyakan peralatan yang ada kat rumah. Yayy jimat!
.
.
Duit yang lebih boleh spend pada pemakanan sihat macam toddible. Oh ya...saya tengah cari mak mak yang nak buat extra income dengan jual TODDIBLE makanan bayi. SHARE kan ya
.
.
Siapa baca sampai habis ya?
.
.
#toddible
#welovehappykids
#raisinghealthykids
.
.
Amalina Mohd Daud
Mak jimat anak pintar

Panduan Urus Anak Tantrum

Harini abang ikut pergi office sebab masih tak sihat. Babah pulak pergi bni ada talk dia memang nak pergi. So harini mak jadi babysitter jaga dua budak. Ikutkan hati memang nak stay kat rumah. Tapi sebab pekerja ramai baru-baru so close monitoring tu memang perlu sangat-sangat.
.
.
Di kala ibu muda (saya lah tu) gigih bekerja, abang ambil keputusan untuk tantrum. Terasa macam ya Allah sabarjelah. Di kala babah takde, di kala itulah yang dia nak mengamuk kat office. Dari pagi sampai petang.
.


.
Puncanya dalam beg dia ada hadiah birthday celebration kengkawan yang tersimpan dalam beg dia. Dan guess what dalam tu ada chocolate. Oh my....chocolate memang dugaan. Saya memang tak suka anak makan chocolate yang manis sebab dia malas berus gigi. Jadi makan chocolate selain mudah dapat karies gigi juga menyebabkan anak ada masalah tingkahlaku, masalah imuniti rendah.
.
.
Oleh kerana saya refuse nak bagi dia makan, dia mulalah episod tantrum. Menjerit-jerit bagai dipukul. Saya pun diam kan dan tenangkan sesekali. Kalau kita bagi perhatian dan tunduk ikut dia bagi chocolate, kita tak mengajar dia chocolate itu tak baik. Kalau kita marah, maka kita kira beri perhatian pada tantrum dia in a bad way. Good or bad is still an attention.
.
.
So dari pagi sampai petanglah dia mengamuk-ngamuk nak kan chocolate. Tengahari tertidur sebab penat bangun sambung balik. Boleh pulak kann. Alhamdulillah waktu saya menulis post ni dia dah bertenang.
.
.
Sebenarnya ada cara untuk elak tantrum.
.
1. Kalau boleh avoid perkara yang buat dia tantrum
- dalam kes ni saya pun tak tau ada hadiah birthday tu. kalau tau memang sorok je coklat tu. So benda yang kita taknak bagi kalau boleh jangan ada dalam rumah.
.
2. Avoid perkara yang menyumbang pada tantrum
- kalau dia lapar, bagi makan. Kalau dia ngantuk, tidurkan. Kalau dia stress, tenangkan. Time pagi tadi abang mengantuk. Tu yang senang dia nak tantrum.
.
3. Sedar awal bibit bibit awal anak nak tantrum
- kalau anak marah, sedih, geram, banyakkan bercakap dengan anak mengenai perasaan dia. Kenapa abang marah. cuba abang bagitau mommy, apa perasaan abang, apa abang fikir.
- walaupun anak tak pandai cakap, tetap buat
- ni saya termiss sebab banyak pulak kerja dekat office.
.
.
.
Namun, kalau anak sudah ke fasa tantrum, mak mak kena ambil langkah di bawah.
.
1. Bertenang atau pura-pura bertenang
- orang yang tenang akan menang
- kalau marah, maknanya tantrum dia berkesan pada kita. walaupun kita rasa nak stop tantrum dia dengan marah, benda tu takkan berkesan sebab dia rasa kita beri perhatian pada tantrum dia.
.
2. Tunggu sampai tantrum dia berkurang
- kita kena tunggu dekat dia. sampai tantrum dia berkurang.
.
3. Bercakap dengan anak tentang perasaan dia
- once tantrum dia berkurang dan dia dah boleh reason out. Bercakap dengan dia tentang sebab kenapa dia tantrum: Kenapa abang nangis? abang sedih babah takde ya. Takpe mummy tau. Nanti babah balik ya!
.
4. Konsisten
- Kalau kalini tantrum dia sebab coklat. Memang tak boleh bagi coklat langsung sampai bila-bila. Kalau bagi, kita lah yang jemput masalah sendiri.
.
.
.
awal-awal memang susah nak handle anak tantrum. Namun kena tenang, teguh dan yakin bahawa tantrum ni boleh diurus. Walaupun seluruh office dah berantakan sebab tantrum abang, namun akhirnya suasana kembali tenang apabila saya berjaya reason out dengan abang.
.
.
Abang tak dapat coklat
Abang sampai bila-bila tak boleh dapat coklat.
.
.
.
#toddible
#jangan_bagi_hadiah_coklat_ya
#welovekids
Amalina Mohd Daud
Mak anak tantrum

Panduan 4 days rule untuk bayi by ToDDible oleh puan Amalina Mohd Daud

kita senang nak bagi makan dekat anak bila kita guna 4 days rule untuk bayi.
.
.
Ikuti Video Puan Amalina Mohd Daud dan dia akan terangkan cara gunakan 4 days rule


.

.

---------------------------------------------------------

Follow kami di:

Facebook : ToDDible

Instagram: ToDDible

Twitter: Toddible