Cara Mudah Nak Tau Anak Kita Auditory/ Kinestetik / atau Visual?


.
Semalam saya buat satu discovery dengan suami...macam mana nak kenal anak visual ke...auditory ke...atau kinestetik. So ni adalah berdasarkan pemerhatian kami lah kat kanak-kanak. Tak sure ada tak dalam jurnal. Tapi saya nak tulis jugak hehe
.
.
Anak yang #auditory ni biasanya lebih cepat dapat skill bercakap. Kalau anak lain masih cakap pelat atau bahasa german, dia dah cakap jelas macam orang tua. Sebab anak ni belajar ikut telinga. Jadi dia akan tangkap butir-butir perkataan,


.
Anak auditory biasanya kalau dah besar dengar lagu je dah tau skrip. siap kalau bahasa jepun ke korea ke tau je dia nak bunyikan macam mana. Kalau nak belajar hafal quran, sesuai pasangkan audio kat dia ni.
.
.

Anak yang #visual ni biasanya akan belajar ikut pemerhatian. Contoh, ingat tak video korea yang comel tadah tangan lepas tu anak bubuh dagu kat tangan...anak yang visual akan mudah tiru. Anak skill lain akan terkebil-kebil

.
anak visual mudah belajar dengan flash card. ABC laju, 123 macam relaks je. Sesuai sangat nanti dah besar dia duk lukis mind map la, belajar melalui lukisan la sebab dia visual orangnya. Tolong bagi dia banyak banyak banyak kertas ataupun whiteboard besar ya!
.
.
Anak yang #kinestetik pulak biasanya dia akan belajar berjalan dulu. Tak sampai setahun dah boleh menapak sana sini. Haha so aisy, Pulak tu dia sejenis manusia yang suka rosakkan barang kat rumah. Bukan sengaja tauu tapi dia curious macam mana benda tu berfungsi.


.
Anak kinestetik ni takleh duduk diam. Jangan expect nak sedia kerusi meja sebab dia jenis yang akan naik atas meja, lompat-lompat. So bagi dia exercise ball biarlah dia lompat-lompat sambil belajar. Sebab anak kinestetik ni..bila tubuhnya berenti bergerak, otak nya pun sama.
.
.
.
Sama ada anak kita auditory, visual atau kinestetik semua boleh makan toddible ya. So mak mak jangan lupa kenalkan toddible seawal 6 bulan atau bila-bila anak dah sedia nak makan!

Nasihat untuk mak mak yang nak mulakan solid food untuk baby

Mak mak yang pertama kali jadi mak selalu tanya kat saya...kalau anak dah 6 bulan, nak mulakan dengan apa. Ada yang cadangkan puree buah dan sayur, ada yang cadangkan beri bubur. Mana satu nak mula?
.

.
Sebenarnya mana-mana pun boleh. Cuma kalau saya kalau baby berat tak berapa cantik, saya akan suggest beri bubur macam Toddible brown rice, quickbarley dan white rice powder. Bukan apa kalau berat tak cantik, baby perlu carbohydrate lebih sikit.
.
.
Tapi bubur jangan bagi bubur kosong je mommy tambahlah sikit puree buah atau sayur. Dalam 2 oz puree dalam 1 mangkuk. Tentu anak berselera!
.
.
Kalau berat anak dah ok takde masalah nak bagi puree buah atau sayur je. Kalau nak bagi bubur pun takde masalah. Makanan anak ni lagi cepat kita kenalkan dan lagi variety, lagi kurang kebarangkalian anak menolak makanan di hari kemudian.
.
.
Tapi memang tak ramai rupanya kenalkan puree daging dan ayam kannn. Sebenarnya tu pun bagus tauuu. Ada protein dan iron yang bagus untuk bayi. Maybe bukan budaya kita orang melayu bagi daging dulu. Tapi boleh cuma kena masak betul-betul dan purikan halus. Campur dalam bubur aduhh macam makan bubur lambuk lagi!
.
.
Ok lepas ni jangan konfius tauuu nak bagi anak makan apa. Kalau awak ada anak yang nak 6 bulan atau menghampiri 6 bulan cer angkat tangan sikit!!
.
.
Kongsikan pada mak mak yang lain ilmu bermanfaat ini. Jangan lupa FOLLOW dan set saya SEE FIRST untuk tak ketinggalan info kesihatan, pemakanan, perkembangan dan parenting
P/s - Join perkongsian saya di t.me/amalinamohddaud


Nah bacalah food weaning chart yang dibuat berdasarkan latest guideline dari AAP. Selamat berjaya mommy!

Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah. Please SUBSCRIBE dan SHARE kan artikel ini jika anda rasa bermanfaat!


Makanan yang sebabkan masalah mood swing, hyperactive dan masalah kelakuan pada anak-anak

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kelakuan pada anak. Persekitaran, didikan, cara kita react dan juga faktor makanan. Faktor makanan merupakan antara reason UTAMA saya tubuhkan toddible. Toddible ni makanan baby sihat yang bebas gula tambahan, garam tambahan, pengawet.

.
.
Jadi harini saya kupaskan makanan yang menyebabkan masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak!

.

.
1. Gula tambahan/ pemanis tiruan
.
Gula tambahan menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang sangat mendadak. Bila gula tinggi, pankreas akan bekerja keras keluarkan insulin untuk turunkan paras gula. Bila gula naik dan turun pada kadar yang cepat, maka kanak-kanak mudah terganggu dan menyebabkan tantrum dan cranky.
.
.
2. Makanan segera
.
Makanan segera mempunyai kalori yang paling tinggi dan nutrisi yang paling rendah. Kandungan lemak tidak sihat juga sangat tinggi. Sebab lemak tidak sihat tinggi, maka ia akan mengganggu pengeluaran hormon serotonin.Makanan tinggi lemak tak baik ni selalu dikaitkan dengan depression.
.
Jadi nak elakkan depression, jauhkan makanan tak elok. Nak pulihkan depression, jauhkan makanan tinggi lemak tak baik.
.
.
3. Pewarna makanan
.
Pewarna makanan selalu dikaitkan dengan autism. ADHD, masalah kelakuan, hyperactive dan mood swing. Sebab pewarna makanan selalu diletakkan pada makanan yang tinggi gula, bila anak ada masalah perubahan mood maka kita selalu salahkan gula sahaja. Bukan gula sahaja tau, pewarna makanan pun bertanggungjawab. baca ingredients dan elakkan pewarna makanan ya!
.
.
4. Preservatives/ Bahan Pengawet
.
Bahan pengawet pun menyebabkan masalah kelakuan pada anak-anak. Contoh bahan pengawet - nitrites, nitrates dan sodium benzoate. Boleh check pada ingredients product. Kalau boleh elakkan makanan yang mengandungi bahan pengawet.
.
.
5. Susu dan Allergik
.
Sesetengah bayi mempunyai masalah lactose intolerant dan allergik kepada susu. Bila mereka minum susu, mereka akan jadi cranky, tak tentu arah dan susah untuk dikawal. Perkara yang sama juga terjadi bila kanak-kanak makan makanan yang mereka alah macam kacang, seafood, ikan tertentu. 
.
.
.
Saya kena bagitau ni makanan bukanlah satu and the only masalah kelakuan macam tantrum. mood swing hyperactivity. Tapi menjaga makan merupakan salah satu cara untuk kita mengawal anak. Sebab menjaga makan ni dalam kawalan kita jadi kita dulukan dulu apa yang kita boleh buat.

Ok itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jangan lupa tinggalkan COMMENT dan SHARE kan post ini! Please SUBSCRIBE dengan mengisi email anda!

Bagaimana nak tahu anak terlambat perkembangan

Red Flag dalam Perkembangan Anak-anak


Mak mak mesti tak keruan bila kita bandingkan perkembangan anak kita dengan anak orang lain. Eh anak orang lain dah boleh jalan, asal anak aku merangkak lagi. Detik hati mak limah.
.
.
Sebenarnya, bukan semua perkara kita perlu bimbang mengenai perkembangan anak-anak. Ada yang kita perlu bimbang dan kebanyakan perkara tak perlu bimbang. contoh anak tak berjalan dah umur setahun tak perlu bimbang. anak tak berjalan dah umur 2 tahun perlu bimbang.
.
.
Yang penting sekali, belajar untuk letakkan bimbang di tempat yang perlu sahaja. Caranya ialah dengan gain knowledge supaya biarlah orang kata apa je tapi sebenarnya ia adalah perkara normal. Ok done membebel. sekarang kita fokus pada main topic.
.
.
Untuk perkembangan dia ada spectrum. maksudnya ada baby cepat dapat sesuatu skill macam bercakap. Ada baby lambat dapat sesuatu skill. Tapi ada lambat yang normal dan ada lambat yang perlukan perhatian dan tindakan mak mak.
.
.
Untuk itu saya bahagikan kepada beberapa kategori perkembangan yang boleh kita lihat:
1. Pertuturan dan bahasa
2. Perkembangan motor
3. Sosial dan Emosi
4. Perkembangan Mental (cognition)

Yang saya akan listkan di bawah adalah #red_flag di mana kalau anak tak attain skill tersebut pada usia yang saya tulis maka mak mak harus check dan rujuk pada doktor ya!
.
.
Pertuturan dan Bahasa
==================
4 bulan
- tidak memberi respond pada bunyi yang kuat
- tidak membebel (no babble)

7 bulan
- tidak beri respond pada bunyi

1 tahun
- tidak menyebut sebarang perkataan seperti mama atau dada

2 tahun
- tak boleh cakap minima 15 perkataan
- tidak guna 2 perkataan (cth nak susu)
- hanya boleh tiru tak boleh bina ayat sendiri

3 tahun
- tidak boleh cakap minima 50 perkataan
- tak guna ayat simple ( makan kat sini)

5 tahun
- tidak faham arahan atau memahami preposition (atas, bawah, sebelah)
- tidak boleh cerita pengalaman

#Jika ada lewat melebihi 6 bulan...contoh 2 tahun 7 bulan tak boleh cakap nak makan, nak susu boleh rujuk pada doktor.


Perkembangan Motor
===================
4 bulan
- tidak reach/ memegang/ atau pegang. atau bawa kemulut
- leher masih lembek lagi ( tak boleh tegak)

7 bulan
- otot masih tak kuat/ terlalu keras
- bila duduk, leher masih lembek
- tidak berguling
- tak boleh duduk sendiri tanpa bantuan

1 tahun
- tidak merangkak
- merangkak tapi hanya sebelah badan
- tidak boleh berdiri walaupun dengan bantuan

2 tahun
- tidak berjalan/ berjalan tapi masih jenjet
- tak boleh tolak walker / permainan yang beroda semasa berjalan

5 tahun
- tidak boleh menendang/ baling bola
- tak boleh mengayuh
- tak boleh berus gigi sendiri
- tak boleh buka baju sendiri

#Jika ada lewat melebihi 6 bulan boleh rujuk pada doktor

Social dan Emosi
===============
3 bulan
- tidak senyum pada orang lain
- tidak memberi fokus pada orang yang baru jumpa

7 bulan
- tidak suka dipeluk (cuddle)
- tidak menunjukkan sayang pada parents
- tidak menunjukkan minat untuk bermain atau cakbah

1 tahun
- tidak bertukar-tukar senyuman, suara atau mimik muka. cth kalau kita senyum, dia tak senyum balik
-. tidak bertukar-tukar isyarat macam bye-bye, tunjuk sesuatu,

3 tahun
- tidak menunjukkan minat pada rakan sebaya
- tidak pandai buat eye contact

5 tahun
- tidak bermain dengan rakan sebaya
- susah nak berpisah dengan ibubapa
- tidak ada reaksi wajah/ emosi atau kalau ada sangat terhad dan sedikit
#Jika lebih 6-9 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor


Perkembangan mental
=====================
1 tahun
- tidak mencari benda yang disembunyikan di depan mata dia
- tidak menunjukkan gambar/ sesuatu
2 tahun
- tidak tahu fungsi alatan yang biasa seperti sikat, berus gigi
- tidak ikut arahan yang mudah
- tidak meniru perlakuan/ perkataan

3 tahun
- tidak ada pretend play eg; main masak-masak

5 tahun
- tidak boleh fokus pada 1 aktiviti melebihi 5 minit
- mudah distracted
#Jika lebih dari 6 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor
.
.
.
Btw artikel ni bukan untuk mendiagnose anak mak mak ada penyakit apape. Ia adalah sebagai guide yang paling basic untuk membantu mak mak supaya bimbang pada tempatnya. Jadi kalau perasan awal anak ada delay, cepat-cepat mak mak boleh bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut.
..
.
Just nak bagitau anak dah 6 bulan boleh cuba toddible babyfood!
.
semoga membantu! Kongsikan pada mak mak yang lain ilmu bermanfaat ini. Jangan lupa klik butang SHARE dan SUBSCRIBE kami. Jangan lupa tinggalkan COMMENT supaya saya tahu anda sudah baca!

Anak ada batuk dan sesak nafas? bila nak bawa berjumpa doktor?

Saya selalu cakap bila batuk anak semakin teruk, kena bawak berjumpa doktor dengan pantas. Harini kita belajar cara nak kenalpasti dengan lebih mudah bila perlu bawa bayi atau kanak-kanak ke hospital.

.
.
Saya ada seorang patient yang tidak tahu untuk monitor anak. Bila anak dibawa ke hospital keadaan sudah terlambat. Jadi harini saya nak kupaskan beberapa tanda yang mak-mak kena alert. Kalau ada, cepat bawa berjumpa doktor


.
1. Hidung kembang kempis

.
Untuk bayi di mana sekeliling lubang hidungnya masih lembut, bila ada kesukaran bernafas kita akan lihat hidungnya akan kembang kuncup. Sebab bayi berusaha keras untuk bernafas.



2. Nafas berbunyi seperti bersiul (wheezing)

bunyi ini menandakan salur pernafasan bayi semakin kecil. Jadi bila udara lalu di situ laju menghasilkan bunyi siulan. Ni yang selalu mak mak kata nafas berbunyi.



3. Pergerakan di dada


.
Bila setiap kali bernafas, akan kelihatan dada bergerak di bahagian bawah leher, di bawah tulang rusuk dan di antara tulang rusuk. Benda ni terjadi sebab otot-otot bekerja keras untuk membantu mendapatkan lebih banyak udara ke dalam paru-paru.



4. Warna


Penting untuk perhati bahagian dalam mulut anak, bibir dan dikuku. Kalau sudah biru anak telah kekurangan oksigen yang diperlukan. Kadang-kadang kita nampak macam pucat.
.
.
Ini antara tanda-tanda awal yang kita boleh perhatikan. Jika ada tanda-tanda ni ketika anak sedang sakit/ ada masalah pernafasan cepat-cepat bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Jangan berlengah ya!
.
.
Semoga anak mak mak semua cepat sembuh. Kongsikan pada mak mak yang lain ilmu bermanfaat ini. Jangan lupa FOLLOW dan set saya SEE FIRST untuk tak ketinggalan info kesihatan, pemakanan, perkembangan dan parenting
P/s - Join perkongsian saya di t.me/amalinamohddaud

Tips Merawat Eczema



Saya ni kann...kalau tengok kanak-kanak eczema rasa sayu je tauu. Tengok kulit merah-merah. Ada yang sampai luka berair-air mesti sakit dan pedih. Rasa sakit di hati. So semalam dah mula menulis buku eczema. Harini nak cerita sikit mengenai konsep acid-alkaline balanced.


Sebenarnya pemakanan eczema ni saya kira kalau diamalkan betul-betul bagus untuk semua. Kanak-kanak eczema ni sangat sensitif dengan makanan yang ada bahan-bahan macam MSG, pewarna, penambah rasa, bahan pengawet dan mengandungi amines.
.
.
Untuk mengawal eczema yang pertama makan-makan yang ada ciri kat atas tu kena elakkan. Yang kedua kena jaga balance acid dan alkali. Sebab pH darah manusia ni sedikit alkali iaitu di antara 7.35-7.45, jadi kita kena jaga pemakanan untuk jaga keseimbangan pH ni.

.
.
Kenapa kena jaga..yang pertama bila pH kita sedikit berasid berpunca dari makanan, maka sistem badan akan menggunakan calcium di tulang untuk memastikan pH di dalam darah berada dalam lingkungan 7.35-7.45. Bila kerap sangat digunakan calcium ni..maka lama-lama tulang pun terkakis.
.
.
Untuk pesakit eczema bila acid alkaline balance ada badan akan mudah membuang toksin ni ikut urine (air kencing). Toxin ni saya maksudkan yang kat atas MSG, pewarna, preservatives. Ni langkah awal nak rawat eczema.
.
.
Jadi saya cadangkan setiap meal masukkan makanan yang beralkali supaya kita dapat jaga balance tu menerusi pemakanan. Boleh?
.
.
Ok saya bagi list ringkas makanan berasid, beralkali dan neutral.
.

.
Berasid
=======
1. air paip yang tidak ditapis (hati-hati minum di kedai)
2. makanan berprotein, makanan laut, kekacang, legum
3. all grains (non sprouted)
4. jagung
5. kebanyakan buah
6. gula
7. semua pemanis (kecuali rice malt syrup)
8. penambah rasa yang aritificial
9. minuman bergas
10. alcohol
11. produk berkafein
12. cuka kecuali epal cider
Beralkali
=======
1. sayuran
2. herba
3. sprouted grains
4. rice malt syrup
5. apple cider vinegar
6. sesetengah buah seperti pisang, lemon, limau
7 springwater tidak bergas
Neutral
======
1. air yang bertapis
.
.
.
Jaga keseumbangan acid dan alkali. Bila makan sesuatu include makanan beralkali. Makan secara sihat. Jauhi makanan yang ada bahan tambahan yang tidak sihat.
.
.
Semoga anak puan-puan cepat pulih eczema. Mungkin eczema rahmat dari Allah supaya kita jaga pemakanan dari awal. Saya yang membaca mengenai eczema diet pun rasa mahu ikut cara makan orang eczema sebab sangat sihat sebenarnya.


InsyaAllah saya akan tuliskan ebook penuh mengenai pemakanan kanak-kanak eczema. Doakan saya diberikan kekuatan menulis sehingga habis. Jangan lupa tinggalkan COMMENT dan SHARE kan post ni di social media anda. Please SUBSCRIBE ya!

Tips Legakan Batuk dan Selesema Bayi Tanpa Ubat


Ramai mak mak tak diberitahu bahawa ubat batuk dan selesema sebenarnya tidak boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kurang daripada 2 tahun.
.
.
Bila kanak-kanak diberikan ubat batuk dan selsema, mereka akan mengantuk. Bila mengantuk mereka akan kurang makan dan minum. Takut-takut nanti masalah dehydration. Dehydration sangat bahaya tau untuk baby!
.
.
Lagi-lagi kalau ubat yang mengandungi narkotik macam #codeine boleh perlahankan nafas. Kalau terlebih dos boleh sebabkan nafas berhenti, masalah saraf, sawan, dan maut.
.


.
First thing first kena ingat bila anak batuk, anak sebenarnya cuba mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan. Jadi batuk ni adalah response tubuh untuk mengeluarkan penyakit. Batuk yang biasa akan pulih dalam masa 10 hari. Kalau batuk semakin teruk bersama demam dan nafas laju, cepat-cepat bawa ke hospital ya!
.
.
Jadi harini saya nak suggest tips merawat bayi tanpa gunakan ubat:
.
.
1. Paling mustahak - sterimar dan penyedut hingus.
.
Sterimar ni guna sama ada duduk kan bayi atau iringkan bayi. kemudian pamp nozzle ke arah dinding bahagian tepi hidung bukan ke arah batang hidung. Picit 1 pump. Kemudian di lubang satu lagi boleh sedut hingus dengan penyedut hingus. Brand pilihan saya pigeon. Boleh pam sehingga 6 picit sehari ya. Lebih-lebih takmau ya.
,
.
.
2. Beri anak banyak air
.
Banyakkan beri susu. Kalau yang dah boleh makan, buatkan sup ayam. Ia membantu badan untuk pulih dari sakit dengan cepat. 

.
.
3. Rehat yang mencukupi
.
Pastikan anak tidur cukup. Kalau ada demam pastikan suhu anda periksa. Beri anak ubat demam supaya anak boleh berehat bila suhu tidak tinggi.
.
.
4. Madu
.
Bagi anak yang dah setahun ke atas, buatkan teh yang ada madu. Madu ada properties penyembuhan yang membantu melegakan batuk dan selesema. Tapi anak kurang setahun, jangan bagi madu ya!
.
.
Jangan lupa beri makanan berkhasiat. Suapkan pada anak kalau anak berselera untuk makan. Boleh cuba toddible babyfood sebagai pilihan sihat dan pantas untuk anak-anak.
.
.
Selamat mencuba mak mak. Kongsikan pengalaman mak mak handle anak batuk dan selesema jugak. Jangan lupa tinggalkan COMMENT dan SUBSCRIBE blog saya!

Parenting: Ajar anak buat kerja rumah dari kecil!

Mak mak sentiasa nak anak cemerlang. Ada yang sibuk nak aturkan hidup anak pergi sana-sini sampai anak cepat matang berbanding usianya. Sampai satu tahap, anak tak nampak betapa gembiranya hidup sebabnya lupa nak nikmati kehidupan masa kecil.
.
.
Rupa-rupanya yang menjadikan anak itu cemerlang bukanlah segala benda yang kita dah berikan..tapi 2 benda sahaja iaitu kasih sayang yang tiada bertepi dan kerja rumah. Part kasih sayang memang insyaAllah semua mak mak beri unconditional love. Tapi part membuat kerja rumah ni ramai parents tak tau nak mula dari mana.
.
.

Household chores sebenarnya boleh dimulakan seawal usia 2 tahun. Lagi cepat lagi bagus. Tapi takdelah bila usia 2 tahun ni kita suruh mop lantai vacuum rumah...tak tak. Household chores yang kita beri adalah age-appropriate iaitu bersesuaian dengan usia masing-masing.
.
.
Kenapa household chores?
.
1. Melatih anak sentiasa bermanfaat pada orang lain
.
Orang yang bermanfaat ni kat mana-mana cemerlang. Kalau dia jadi cikgu, dia akan jadi yang terbaik. Kalau jadi peniaga, dia akan jadi peniaga dermawan. Sejuk kannn perut mak!
.
2. Melatih mereka jadi manusia berdisiplin 
.
Yup chores melatih anak untuk sentiasa ada jadual dan tahu apa nak buat dari semasa ke semasa. Orang berdisiplin sentiasa teratur kehidupan dan syarat untuk berjaya kena berdisiplin kannn
.
.
Tapi, mak mak kena ingat rules ni ya!
1. Buat jadual chores untuk anak.
2. Konsisten ikut jadual
3. Terima bila tidak sempurna. Yang penting anak buat dulu
4. Berikan pujian bila anak mula buat
5. Tunjuk dulu baru arah
6. Beri arahan specific. Kalau general macam nanti tolong kemas rumah..anak tak tau macam mana.
Ok sekarang saya dedahkan sedikit age-appropriate chores yang sesuai untuk anak-anak
.
.
Usia 2-3 tahun
1. Kemas mainan
2. Beri makan pada pets
3. Letak baju dalam bakul
4. Lap kalau ada tumpahan
5. Bersihkan habuk
6. Susun buku dan majalan

Usia 4-5 tahun
1. Kemas katil
2. kosongkan tong sampah
3. ambil surat di petisurat
4. bersihkan meja
5. cabut rumput
6. guna vacuum
7. siram pokok bunga
8. basuh pinggan mangkuk plastic

Usia 6-7 tahun
1. masukkan pakaian ke dalam mesin basuh
2. kemas lantai
3. kemas dan susun meja
4. tolong masak
5. kemas bilik tidur

usia 8-9 tahun
1. simpan barang-barang dapur
2. vacuum
3. tolong masak
4. lap meja
5. menjahit butang
6. potong sayur
7. masak makanan simple - roti bakar
8. mengemop lantai


Pastikan anda beri tugas yang sesuai dengan usaha. Tunjukkan pada anak dulu cara ianya dilakukan baru suruh mereka buat. Tak perlu perfect pada peringkat awal. Selalu puji anak.
.
.
Household chores sangat bagus mendidik anak. Menjadikan anak lebih bertimbang rasa dan memahami perasaan orang lain. Selamat mencuba! Bila anak cemerlang peribadi - dunia akhirat insyaAllah cemerlang!

Anak anda dah pandai buat apa? Kongsikan di komen dan jangan lupa SUBSCRIBE blog ini dan SHARE kan di mana-mana laman social anda!

Bayi anda anemia


Ramai baby sebenarnya yang ada anemia/ masalah kurang darah merah ni. Penting sangat untuk address isu anemia ni sebab sel darah merah ni tugas nya untuk angkut oksigen ke seluruh badan. Kalau transporter kurang maka fungsi-fungsi organ pun terjejas, Betul tak? 

.
.
Apa punca anemia?

Apabila baby ada symptom, doktor akan ambil darah untuk kenalpasti punca anemia. Dah kenalpasti baru tau nak rawat macam mana. bukan semua kita boleh bagi iron tauu.
.
1. Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)
Biasa disebabkan oleh penyakit genetic macam sickle cell disease. Penyakit ni menyebabkan sel darah mudah pecah. Bila kadar pecah tu lebih laju dengan kadar pembuatan sel darah merah, maka jadilah anemia.
.
.
2. Kehilangan sel darah merah
Kehilangan ni biasa disebabkan oleh pendarahan. Pendarahan ni tak kisah luaran ke dalaman ke pun boleh sebabkan anemia.
.
.
3. Kurang pembuatan sel darah merah
.
Bila production kurang maka kuranglah sel darah merah. Sebab paling common production kurang masa baby adalah kurang nya iron iaitu salah satu komponen penting dalam sel darah merah.
.
.
Ok, dah tau punca sekarang kita lebih fokus kepada sebab yang lebih common iaitu kurang pembuatan sel darah merah disebabkan oleh kurang iron.
.
.
Punca-punca iron deficiency anemia

1. Kurang pengambilan makanan yang tinggi zat besi (iron)
2. Pengambilan susu lembu sebelum usia setahun
3. Kelahiran pramatang (prem baby)
4. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap kencing manis (GDM and DM)
5. kurang berat badan semasa lahr (LBW)
.
.
Tanda-tanda bayi anemia

1. kulit pucat
2. selalu letih, nak tidur
3. mudah tantrum, cranky
4. kurang selera nak makan 
5. nampak tercungap-cungap
6. jantung laju
7. bengkak kaki dan tangan 
8. kurang BMI, ukur lilit kepala
9. pica. bayi suka makan kapur, pasir, tanah. berpunca dari kekurangan zat.


Cara menangani anemia

1. Iron supplement (hanya beri atas nasihat doktor sahaja)
- makan supplement tanpa indication sangat berbahaya sebab terlalu banyak iron dalam badan menjejaskan fungsi badan.

2. Makanan yang kaya dengan zat besi
- seperti daging(beef floss). bayam, whole grains (toddible brown rice, organic oatmeal, quickbarley), kekacang, hati, telur
.



.
Kesan Jangka Panjang Anemia

Kenapa anemia sangat berbahaya sebab kesan jangka panjang tidak boleh dipulihkan walaupun kita dah kembalikan sel darah merah ke paras normal.
.
1. Lambat capai perkembangan yang sepatutnya
2. Kekurangan upaya mental dan fizikal
3. Kurang kebal terhadap penyakit (impaired immunity)
.
.
So kalau anak ada anemia kena pandang serius. Jaga makan anak elok-elok. Kalau doktor nasihat beri ubat kena beri segera. Tapi kalau doktor tak bagi supplement jangan pandai pandai beri sebab boleh menjejaskan kesihatan. 
.
.
Jangan lupa tinggalkan komen dan subscribe blog ini ya!

Bayi anda sembelit?

Konfius tau sebenarnya nak tentukan anak diarrhea ke tak. ada mak siap snap picture nak bagi kat saya tanya anak saya diarrhea ke ni. Sebenarnya, diarrhea atau cirit-birit ditentukan oleh 2 perkara:



.
1. Konsistensi najis
Najis yang lebih cair dari biasa itu diarrhea. Kalau baby yang masih pakai diapers sampai ke rambut najis tu pergi sebab cair sangat. 


2. Kekerapan membuang
Kalau sehari biasa buang 3 kali tiba-tiba berubah sehari buang 5-10 kali. Cirit birit la tu. Sebab tu penting tengok habit anak macam mana. Sebab bowel habit masing-masing tak sama.
.


.
Banyak punca-punca diarrhea. Sebab tu paling kena jaga bila baby ada ni...adalah kebersihan. Kebersihan makanan dan kebersihan persekitaran. Punca-punca diarrhea saya listkan di bawah ya,

1. Jangkitan
.
Boleh jadi jangkitan bacteria- salmonella, shigella, campylobacter dan E.coli: biasa ada demam, sakit perut, cirit-birit. E.coli biasa dapat dari makanan yang separa masak. Sebab tu baby tak boleh makan telur separuh masak.
.
Boleh jugak viral. Yang paling famous rotavirus. Tapi virus-virus lain pun boleh sebabkan cirit-birit. Punca lain adalahparasites. Semua tu nanti kena check najis nak tengok siapa lah puncanya.


2. Antibiotic
.
Kadang-kadang bila baby tengah on antibiotic boleh dapat diarrhea. sebab antibiotic bunuh bacteria baik dalam usus. Bincang dengan doktor adakah cirit-birit ni punca dari antibiotic. Ataupun ada ke alternatif lain selain antibiotic. Namun, decision apape bincang dengan doktor dulu ya.


3. Juice

Yup minum banyak juice menyebabkan diarrhea. Juice mengandungi sorbitol yang boleh menyebabkan diarrhea. Kurangkan juice atau untuk setahun ke bawah elakkan beri juice ya (American Academy of Paediatrician).

Btw kadang-kadang salah bancuh susu pun sebabkan diarrhea. pastikan bila bancuh susu tu betul-betul ikut recommendation dekat tin. lain susu, lain cara bancuhnya.


4. Food allergy
.
Kadang-kadang diarrhea berpunca dari food allergy. Sesetengah datang dengan cirit birit dan muntah. Ada yang datang dengan bengkak satu badan, bintat merah putih...kalau sampai baby sesak nafas, bawa terus ke hospital ya!


5. Food intolerance
.
Sesetengah baby mempunyai lactose intolerance iaitu kurang menghasilkan enzim lactase. enzyme yang diperlukan untuk digest susu. Jadi lactose tidak dicerna menyebabkan sakit perut, kembung, muntah dan diarrhea. 
.
Tapi bila baby ada cirit birit yang teruk pun baby akan ada masalah nak hasilkan lactase. So jadi lactose intolerance sementara. Time ni maybe doctor akan suggest tukar susu buat sementara waktu. sampai baby dah ok dan boleh tolerate susu.



Apa nak buat bila baby cirit-birit

1. Paling penting pastikan baby minum banyak air. Kalau baby boleh tolerate minum air, bagi je. Kalau baby tak boleh minum asyik muntah, tu adalah tanda untuk masuk wad. jangan tunggu-tunggu ya. dehydration pada bayi adalah sangat merbahaya dan boleh meragut nyawa.



.
2. Bagi makan macam biasa. Kajian menunjukkan bila diberikan makan macam biasa lengkap dengan nutrien, jangka masa diarrhea akan bertambah singkat. Tu pun,,,kalau baby boleh nak makan.
.
3. Kalau baby dah boleh makan, beri yoghurt untuk tambah bakteria baik dalam usus. Beli yoghurt plain, tanpa gula dan full fat ya. Pastikan yoghurt ada lactobacillus 
.
4. Pastikan anda cepat-cepat salin pampers. Diarrhea ni biasanya senang menyebabkan rashes pada punggung baby. 



Bila anda mesti bawa berjumpa doktor?
1. Bila bayi muntah banyak kali
2. Bila bayi tunjuk tanda dehydration - pampers kering 6 jam, mulut kering
3. Bila najis bayi berdarah atau berwarna hitam
4. Bila bayi demam tinggi


Oat cookies (setahun ke atas)

Bahan-bahan
.
75g tepung wholemeal
55g Toddible organic oatmeal powder
1/4 sudu kecil soda bicarbonate
85g unsalted butter
75g gula castor
1 sudu besar maple syrup
1 sudu kecil essen vanilla
55g kismis
.

.

Cara memasak
.
1. Panaskan oven 180'c
2. Masukkan ke dalam food processor semua bahan kecuali kismis. Dan blend sampai jadi dough. Masukkan kismis dan pulse kejap.
3. Sediakan baking sheet di atas loyang. Ambil sesudu dough dan bulatkan. Kemudian susun di atas loyang. Penyekkan jadi cookies bulat guna belakang susu.
4, Bakar selama 12-15 minit. Kalau nak lagi crispy bakar lama sikit.
5. Sejukkan dan siap di makan!
Yummeyhhhh...cookies ni manis sikit. Bagi cookies sebagai snack yang dihidang bersama makanan yang sihat. Selamat mencuba!

Menangani Anak Picky Eaters

Stress tau bila susah sangat nak suap anak makan bila anak ni ada picky eaters. Sesetengah anak yang picky eating hanya memilih makan yang disukai dan menolak makanan baru yang berkhasiat. Sesetengah pulak hanya pilih makanan kegemaran mengikut warna. Contoh cuma nak warna tertentu je. Kebanyakan memang langsung taknak makan.


.
.
Sebenarnya, ada beberapa moment penting yang kita boleh create untuk pastikan anak tak picky eating.
.
.
SEBELUM
1. Pergi pasar bersama anak dan galakkan anak memilih makanan sendiri. Contoh kita nak beli tomato, galakkan anak pilih tomato mana yang nak dibeli. Dengan ini anak tahu makanan yang dihidangkan adalah makanan yang dipilih sendiri.
.


2. Ketika sedang prepare makanan, ajak anak turut serta. Ajak anak basuh sayur, basuh buah, ambilkan barang, tabur-tabur. Dengan cara ini anak tahu makanan itu dia yang siapkan.


.
3. Ketika nak masak, kita beri anak pilihan..adik nak sayur broccoli ke spinach? Biar dia buat keputusan. jadi dia tahu meal malam ni pun pilihan dia.
.
4. Sentiasa makan pada waktu yang ROUTINE setiap hari. kalau breakfast 8 pagi, lunch 1pm, dinner 7pm, kena kekalkan waktu makan setiap hari. Biarpun anak tidak makan, kita tetap minta anak untuk stay di meja makan walaupun anak tak makan.
.
5. Pastikan kita makan bersama-sama. Bila bersama-sama rezeki lagi berkah, makanan pun terasa lebih lazat. pastikan suasana ceria waktu makan. Jauhkan pergaduhan di meja makan. 
.
6. Pastikan tiada distraction pada waktu makan. NO TV, NO FON, NO RADIO. Makan pada waktu makan, Kalau ada tv depan meja makan sekalipun, tutup jelah.
.
.
KETIKA

1. Ketika makan, beri anak makan makanan baru terlebih dahulu. Kenalkan anak pada makanan yang dia tak suka ketika dia sedang lapar.
.
2. Kenalkan makanan baru dengan makanan yang anak minat. Kalau anak suka nasi goreng contohnya, dan kita nak kenalkan broccoli, masukkan broccoli sekali dengan nasi goreng.





.

3. Kenalkan 1 sayur/ makanan baru pada satu-satu masa sahaja. 
.
4. Jika anak menolak makanan yang dikenalkan, jangan terus...alamak anak tak suka ni bukan makanan fevret dia. Jangan putus asa! Cuba lagi lain masa. Anak perlu 10-15 kali encounter makanan baru dia akan suka.
.
5. Hidangkan makanan dengan cara paling menarik. Guna food cutter jika perlu.
.
.
Ok itu sahaja tips dari saya bagaimana nak handle anak picky eaters. Picky eaters memang boleh ditangani dengan syarat mak mak jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi insyaAllah lama kelamaan anak akan minat dengan makanan yang kita baru kenalkan.
.
.
Selamat mencuba! Harap membantu!


Kongsikan info ini pada ibu-ibu yang lain. Jangan lupa subscribe kami ya supaya tak terlepas info berkenaan kesihatan, pemakanan dan parenting!
.
.

Testimoni - Apa orang kata mengenai Toddible Grains Series?


Prepare your nutritioud, all-natural baby porridge in just 3 minutes with Toddible Grains Series Porridge Powder

  • Toddible Brown Rice Powder 150g
  • Toddible Quickbarley Powder 200g
  • Toddible Organic Oatmeal  Powder 100g
  • Toddible White Rice Powder 200g