Perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika mula solid food pada bayi anda

Rasanya kena tulis balik benda-benda penting ni untuk mak mak yang nak mulakan solid food pada anak-anak. Supaya tak terlepas pandang perkara-perkara yang penting.
.

.
USIA

.
Mulakan pada usia anak 6 bulan. Kurang dari usia itu anak hanya bergantung pada susu sahaja. Maksudnya, tiada supplement, tiada bubur, tiada air masak. Hanya semata-mata susu sahaja. 
.
.
TANDA-TANDA ANAK BERSEDIA MAKAN

1. Bayi dapat duduk dengan sokongan
2. Bayi boleh tegakkan leher takde lembik-lembik
3. Bayi berminat dengan makanan - masukkan tangan dalam mulut, cuba mencapai makanan anda dan renung je makanan
4. Bila disuap, hilang nya #extrusion reflex. Lidah bayi tidak menolak makanan bila disuap. Mulut dan lidah dah in sync dengan sistem pencernaan.
5. Bayi sudah berat 2 kali ganda dari berat lahirnya, sekurang-kurangnya 6kg.
.
.
MAKANAN APA YANG BOLEH DIMULAKAN

.
Ada yang mulakan dengan puree sayuran atau buahan --> boleh!
Ada yang mulakan dengan bubur nasi/ oat/ barley --> pun 
boleh
Ada yang mulakan dengan puree daging/ ayam --> pun boleh
.
Untuk pastikan penerimaan bayi, campurkan dengan sedikit susu ibu/ susu yang biasa bayi minum.
.
.
4 DAYS RULE

.
Bila kenalkan sesuatu makanan, cuba makanan yang sama sekurang-kurangnya 3 hari. Untuk pastikan bayi tidak allergik dengan makanan. Buat catitan jadual untuk rekod makanan bayi. Jadi jika allergy sesuatu, senang kita nak detect
.
.
Biasanya jika bayi itu allergy kita boleh lihat tanda dalam 3 jam selepas makan. Namunn, jika kita nampak tanda-tanda seperti berikut, bawa bayi anda cepat ke hospital:
1. nafas berbunyi
2. susah untuk menelan
3. tidak boleh bernafas.
.
.
untuk tanda allergy yang lebih ringan seperti bintat merah, muntah dan cirit birit dapatkan nasihat dari doktor anda.
.
.
Itu sahaja. Harap membantu perjalanan anda memulakan makanan yang sihat untuk bayi anda. Untuk proses weaning yang lebih mudah dan menyeronokkan- boleh gunakan Toddible baby food. 

No comments