Sepanjang saya jadi mak mak ni, ada beberapa parenting tips yang saya nak kongsi khas untuk mak yang ada bayi baru lahir sampai setahun. Saya rasa tips ni sangat berguna lebih-lebih lagi yang baru pertama kali jadi parents. Kongsikan pada mak mak lain jika anda rasa bermanfaat ya.
.
.
1. Jangan terlalu risau!
.
Yup...jangan terlalu risau. Ramai mak mak habiskan masa gembira bersama bayi dengan terlalu memikirkan tentang perkara-perkara seperti ini:
- bayi berak banyak sangat
- bayi belum berak lagi
- cukup ke bayi makan
- banyak sangat ke bayi nangis
.
Kadang-kadang kita tak perlu terlalu risau..asalkan bayi tak nangis terlalu lama sampai sejam atau bayi tidur lena bahagia...dont worry too much. Enjoy parenting!
.
.
2. Cepat-cepat nak pujuk anak nangis!
.
Dengar je suara anak nangis, terus panik terus nak quick fix dan pujuk. Sebenarnya baby ni memang dah di wirekan menangis..walaupun berak dah basuh, perut dah kenyang baby tetap akan menangis. Normal je tu.
.
.
Relaks dan tenang. Kalau bayi sihat dan tak nangis terlalu lama. Ambil sedikit masa. Baru pujuk anak. Lainlah kalau baby menangis lain macam atau demam ke. Well, bukan selalu baby demam
.
.
3. Kejutkan bayi untuk menyusu
.
Sekiranya jika bayi anda tidak kuning atau tiada sebab keperluan perubatan untuk menyusu dengan kerap, bayi sebenarnya pandai regulate bila kenyang dan bila lapar. Jadi kalau anak belum bangun, tak perlu kejut. Bangun bersama bila baby dah bangun. Rehat banyak-banyak ya.
.
.
4. Baby muntah atau jeluak
.
Yup selalu mak mak tanya ni. Anak saya muntah. Sekali je. Kalau sekali tu jeluak bukan muntah. Jeluak atau spit up tidak kerap seperti muntah. Jika muntah ia berlaku setiap 30 min, setiap jam dan setiap kali susu. Nampak kan ada unsur kekerapan di situ..
.
.
5. Terima nasihat dari orang yang tiada kredibility
.
Baby 2 bulan: Baby macam lapar tu, suap bubur sikit! Nangis jeee. Selalu kan dengar nasihat dari orang berkenaan penjagaan baby. Sebenarnya benda ni berlaku for generations.
.
Sentiasa periksa semua nasihat adakah betul dan selamat untuk bayi. Jika tak sure boleh tanya mana-mana staff perubatan sama ada boleh atau tak boleh kita turutkan nasihat itu.
.
Next time orang nak nasihat, untuk be polite..just jawab: Ok saya check dengan doctor saya dulu boleh ke tak ya?
.
.
.
Tu je nasihat dan parenting hack saya untuk mak mak yang baru pertama kali dapat anak. Life memang akan berubah 360 bila ada anak ni. Takpe takpe ambil amanah yang Tuhan beri dengan hati yang gembira. Nanti dah 6 bulan bolehlah cuba Toddible babyfood!
.
Parenting Hack
Monday, 12 February 2018
Labels:
baby berak,
baby menangis,
baby menyusu,
baby muntah,
baby tidur,
bayi berak,
bayi menyusu,
bayi muntah,
bayi tidur,
parenting
loading..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments