Anak saya ada allergik pada makanan ke?

Selalu saya ditanya soalan macam ni dari mak mak yang tak pasti adakah anak mereka ada allergy. Jadi jom kita kupas bagaimana nak kenalpasti allergy.

.
Food allergy ni terjadi bila sejenis antibodi badam IgE mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan. Apabila dah detect, histamine akan dirembeskan untuk melawan bendasing yang dikenalasti. Histamine ni yang menyebabkan symptom allergy.



.
Allergy terjadi seawal 2 minit kepada selewat-lewat 2 jam selepas makan. Boleh jadi symptom seperti lidah bengkak, gatal-gatal, naik bintat merah putih satu badan atau masalah pernafasan. Kadang-kadang terjadi jugak symptom seperti muntah, diarrhea dan eczema.
.
.
Apakah makanan berpotensi sebabkan alahan?
-------------------------------------------------------------------



1. Susu lembu
2. Telur
3. Kekacang
4. Soya
5. Ikan
6. Kerang-kerangan
7. Gandum
.
.
Ramai kanak-kanak akan hilang allergy terhadap susu, telur dan soya apabila dewasa. Jika allergy terhadap yang lain, biasanya akan kekal alahan sampai ke tua.
.
.
Apa nak buat bila anak allergy?
------------------------------------------
.
Untuk anak yang mempunyai tanda allergik yang teruk seperti susah nak bernafas, bengkak muka dan lidah serta muntah-muntah teruk sila CALL AMBULANS untuk datang. Bukan kita yang bawa anak ke kecemasan. Sebab bila-bila je salur pernafasan anak akan tertutup. Ambulans diperlukan untuk rawatan pantas di tempat kejadian.
.
Untuk simptom lain boleh discuss dengan doktor sama ada makanan yang dimakan menyebabkan allergy. atau symptom yang anak ada berpunca dari keadaan lain seperti food intolerance (di mana usus tidak boleh digest).
.


.
.
Alahan pada pemakanan ini boleh jadi daripada keturunan juga. Bila anak ada allergy, pastikan mak mak belajar untuk membaca kandungan pada apa-apa produk ketika membeli. Ni nak pastikan kita perasan sekiranya ada traces of makanan yang buat anak allergy.
.
.
Apape pun jangan lupa mulakan anak makan seawal 6 bulan. Kalau dah pass makan common food macam bubur dan buah-buah boleh cuba beri makan yang menyebabkan allergy ni jugak. Sebab kajian menunjukkan lagi awal kita expose anak lagi kurang risiko allergy. Make sure one food at one time ya!
.
.
6 bulan jangan lupa cuba toddible!

.
.
Jangan lupa tinggalkan COMMENT di bawah dan SHARE kan post ini pada ramai orang. Please SUBSCRIBE untuk tidak ketinggalan mendapat info kesihatan, pemakanan, perkembangan dan parenting anak-anak. 

No comments