Bayi Anda Jatuh? Bahaya tak?

Heboh kisah baby retak tengkorak di kepala. Mak mak perlu alert ya setiap kali baby diambil dari rumah pengasuh. Ataupun bila baby jatuh kena cepat-cepat ambil tindakan

.
Baby ni kalau jatuh macam nangka busuk. Sebab tak seperti kita orang dewasa bila jatuh kita akan ada refleks untuk tahan, bayi kalau jatuh macam tu je. Jadi kalau baby jatuh pada jarak 1m ia adalah sama macam orang dewasa jatuh pada jarak 3m .
.
Sekiranya baby jatuh, take note berapa jarak. Lagi tinggi jarak, lagi berisiko baby untuk cedera. Tengok permukaan lantai, adakah lantai memang terus simen atau ada carpet di lantai. Kalau lantai keras, lebih berisiko untuk baby cedera
.
.
Bila perlu bawa ke hospital SEGERA?
.
1. Bila baby tak #sedarkan_diri. Baby tak bernafas. Mak mak kalau boleh lengkapkan diri dengan ilmu cpr. Cpr baby tak sama dengan cpr orang dewasa ya. Pada masa yang sama call ambulans.

.
.
2. Darah tidak berhenti. Walaupun kita cuba tekap dan berhentikan masih juga berdarah. Telefon ambulans ya.

.
3. Sawan.
.
.
Bila kita suspect ada sebarang kecederaan, kena perhatikan tanda-tanda seperti ini:
.
1. Patah tulang
- boleh tengok tangan, kaki, lengan atau mana-mana anggota bengkok pada kawasan yang tak boleh dibengkokkan

.
2. Retak tengkorak
- kawasan bengkak yang lembut di bahagian tepi kepala. ( belakang dan atas telinga)
.
3. Gegaran otak (concussion)
- muntah-muntah, jadi lemah, kurang aktif
- berubah pertuturan, pergerakan, dan penglihatan
.
4. Kecederaan organ dalaman 
- menangis dan menjerit tidak berhenti-henti.
.
.
Kalau benjoi nak buat macam mana-mana?
=================================
Ambil ice pack dan alas dengan tuala. Tua. 2-5 minit selama sejam. 2-5minit tuam angkat kejap dan tuam lagi. Bengkak sebab benjol akan surut dengan cepat. Bukan air panas ya!

.
.
Pencegahan
=============
Bila kita berkata mengenai trauma dan jatuh ni, mak mak perlulah ambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah bayi jatuh.
.
1. Setiap bucu yang tajam alas dengan benda yang lembut macam getah ke. Biarlah rumah tak lawa asalkan anak kita selamat
.
2. Kalau ada carpet yang senang tergelincir, alaskan dengan sesuatu. Kalau tak letak tepi carpet tu. Gulung. Jangan pakai dah.
.
3. Jangan letak sebarang perabot dekat dengan tingkap. Dia manjat dan pergi tingkap..takleh bayang nanti.
.
4. Hati-hati tukar lampin kalau kita tukar di changing table. Kalau ada strap pakai!
.
5. Kalau nampak baby dah mula manjat di katil, rendahkan atau tidur jela atas lantai. 
.
6. Pastikan tangga clear dari mainan dan selamat
.
7. Berjaga-jaga bila anak mula manjat-manjat. Kalau jatuh, sempat kita sambut. Kalau boleh takyah ada perabot. Hehe cam rumah saya
.
.
Kalau ada, boleh tambah lagi ya! Dan jangan lupa sentiasa penuhi hak anak dengan makanan sihat dengan toddible baby food!

No comments