Anak saya ada allergik pada makanan ke?

Selalu saya ditanya soalan macam ni dari mak mak yang tak pasti adakah anak mereka ada allergy. Jadi jom kita kupas bagaimana nak kenalpasti allergy.

.
Food allergy ni terjadi bila sejenis antibodi badam IgE mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan. Apabila dah detect, histamine akan dirembeskan untuk melawan bendasing yang dikenalasti. Histamine ni yang menyebabkan symptom allergy.



.
Allergy terjadi seawal 2 minit kepada selewat-lewat 2 jam selepas makan. Boleh jadi symptom seperti lidah bengkak, gatal-gatal, naik bintat merah putih satu badan atau masalah pernafasan. Kadang-kadang terjadi jugak symptom seperti muntah, diarrhea dan eczema.
.
.
Apakah makanan berpotensi sebabkan alahan?
-------------------------------------------------------------------



1. Susu lembu
2. Telur
3. Kekacang
4. Soya
5. Ikan
6. Kerang-kerangan
7. Gandum
.
.
Ramai kanak-kanak akan hilang allergy terhadap susu, telur dan soya apabila dewasa. Jika allergy terhadap yang lain, biasanya akan kekal alahan sampai ke tua.
.
.
Apa nak buat bila anak allergy?
------------------------------------------
.
Untuk anak yang mempunyai tanda allergik yang teruk seperti susah nak bernafas, bengkak muka dan lidah serta muntah-muntah teruk sila CALL AMBULANS untuk datang. Bukan kita yang bawa anak ke kecemasan. Sebab bila-bila je salur pernafasan anak akan tertutup. Ambulans diperlukan untuk rawatan pantas di tempat kejadian.
.
Untuk simptom lain boleh discuss dengan doktor sama ada makanan yang dimakan menyebabkan allergy. atau symptom yang anak ada berpunca dari keadaan lain seperti food intolerance (di mana usus tidak boleh digest).
.


.
.
Alahan pada pemakanan ini boleh jadi daripada keturunan juga. Bila anak ada allergy, pastikan mak mak belajar untuk membaca kandungan pada apa-apa produk ketika membeli. Ni nak pastikan kita perasan sekiranya ada traces of makanan yang buat anak allergy.
.
.
Apape pun jangan lupa mulakan anak makan seawal 6 bulan. Kalau dah pass makan common food macam bubur dan buah-buah boleh cuba beri makan yang menyebabkan allergy ni jugak. Sebab kajian menunjukkan lagi awal kita expose anak lagi kurang risiko allergy. Make sure one food at one time ya!
.
.
6 bulan jangan lupa cuba toddible!

.
.
Jangan lupa tinggalkan COMMENT di bawah dan SHARE kan post ini pada ramai orang. Please SUBSCRIBE untuk tidak ketinggalan mendapat info kesihatan, pemakanan, perkembangan dan parenting anak-anak. 

Parenting Hack

Sepanjang saya jadi mak mak ni, ada beberapa parenting tips yang saya nak kongsi khas untuk mak yang ada bayi baru lahir sampai setahun. Saya rasa tips ni sangat berguna lebih-lebih lagi yang baru pertama kali jadi parents. Kongsikan pada mak mak lain jika anda rasa bermanfaat ya.

.
.
1. Jangan terlalu risau!
.
Yup...jangan terlalu risau. Ramai mak mak habiskan masa gembira bersama bayi dengan terlalu memikirkan tentang perkara-perkara seperti ini:
- bayi berak banyak sangat
- bayi belum berak lagi
- cukup ke bayi makan
- banyak sangat ke bayi nangis
.
Kadang-kadang kita tak perlu terlalu risau..asalkan bayi tak nangis terlalu lama sampai sejam atau bayi tidur lena bahagia...dont worry too much. Enjoy parenting!
.
.
2. Cepat-cepat nak pujuk anak nangis!


.
Dengar je suara anak nangis, terus panik terus nak quick fix dan pujuk. Sebenarnya baby ni memang dah di wirekan menangis..walaupun berak dah basuh, perut dah kenyang baby tetap akan menangis. Normal je tu.
.
.
Relaks dan tenang. Kalau bayi sihat dan tak nangis terlalu lama. Ambil sedikit masa. Baru pujuk anak. Lainlah kalau baby menangis lain macam atau demam ke. Well, bukan selalu baby demam
.
.
3. Kejutkan bayi untuk menyusu


.
Sekiranya jika bayi anda tidak kuning atau tiada sebab keperluan perubatan untuk menyusu dengan kerap, bayi sebenarnya pandai regulate bila kenyang dan bila lapar. Jadi kalau anak belum bangun, tak perlu kejut. Bangun bersama bila baby dah bangun. Rehat banyak-banyak ya.
.
.
4. Baby muntah atau jeluak


.
Yup selalu mak mak tanya ni. Anak saya muntah. Sekali je. Kalau sekali tu jeluak bukan muntah. Jeluak atau spit up tidak kerap seperti muntah. Jika muntah ia berlaku setiap 30 min, setiap jam dan setiap kali susu. Nampak kan ada unsur kekerapan di situ..
.
.
5. Terima nasihat dari orang yang tiada kredibility
.
Baby 2 bulan: Baby macam lapar tu, suap bubur sikit! Nangis jeee. Selalu kan dengar nasihat dari orang berkenaan penjagaan baby. Sebenarnya benda ni berlaku for generations.
.
Sentiasa periksa semua nasihat adakah betul dan selamat untuk bayi. Jika tak sure boleh tanya mana-mana staff perubatan sama ada boleh atau tak boleh kita turutkan nasihat itu.
.
Next time orang nak nasihat, untuk be polite..just jawab: Ok saya check dengan doctor saya dulu boleh ke tak ya?
.
.
.
Tu je nasihat dan parenting hack saya untuk mak mak yang baru pertama kali dapat anak. Life memang akan berubah 360 bila ada anak ni. Takpe takpe ambil amanah yang Tuhan beri dengan hati yang gembira. Nanti dah 6 bulan bolehlah cuba Toddible babyfood!
.

Kebaikan anak tantrum

Saya tahu ramai yang stress bila anak-anak tantrum. Lebih-lebih lagi bila di tempat ramai orang. Rasa macam tak tahu nak letak mana muka. Malu ada, geram ada, tak taulah nak react macam mana. 

.
.
Well, actually bila kita faham kebaikan anak tantrum ni..kita akan tenang dan tarik nafas lega. Sebab kita tahu kenapa anak tantrum dan kita tak akan fikir apa orang kata bila anak tantrum. Dan kalau kita faham tantrum sebetulnya, anak akan kurang tantrum bila di tempat awam. Jom saya kongsikan!
.
.
1. Perasaan sedih anak akan terlerai
.
Bila anak sedih anak akan menangis sambil hentak-hentak kaki dan guling-guling lantai. Bila tantrum, perasaan ini akan hilang. Segala sedih dan kecewa hilang bersama air mata. So bagus kan tantrum ni? Lepas ni...biarje anak tantrum asalkan tak membahayakan diri kan?


.
.
2. Membantu pembelajaran
.
Bila anak ada masalah untuk selesaikan tantrum...contoh tak boleh cabut blocks ke..anak akan tantrum. Lepas anak tantrum, dia akan duduk kembali dan selesaikan masalah. Jika kita selesaikan isu tantrum ni secepat mungkin, kita mungkin tanpa sedar melambatkan pembelajaran anak.


.


.
3. Mengajar anak barrier
.
Perasan tak bila kita cakap NO je...mesti anak akan tantrum. Ramai mak mak resort untuk elak cakap NO sebab taknak anak tantrum. Tapi benda ni tak ajar anak mana yang betul dan mana yang salah. Sebagai mak mak yang tugasnya mengajar betul dan salah, kena jugak cakap NO pada tempatnya. Anak tantrum? Biar je nanti dia belajar lah benda tu tak boleh.

.
.
4. Membantu anak tidur lebih lena
.
Macam orang dewasa, anak-anak pun tak boleh tidur bila ada masalah. Sebab tu dia perlu tantrum untuk meluahkan sedih, geram dan kecewa yang terbuku di dada. Bila tantrum, perasaan itu akan diluahkan dan tak lagi bermain-main di minda mereka. Jadi bila mereka nak tidur, insyaAllah lena tidurnya. Hati pun dah tenangkan..
.


,
5. Tantrum membentuk sikap yang baik
.
Pelik kann bunyinya, Yupp sebenarnya tantrum ni diibaratkan anak kita tengah bergaduh emosi di dalam. Separuh hatinya nak buat yang baik-baik, separuh hatinya nak melawan. Bila emosi di dalam bergelojak, tantrum jadinya.
.
Contoh bila kita suruh berus gigi ke, makan ke, mandi ke, tantrum tercetus. sebab dia rasa nak berus gigi tapi ada emosi yang kata berus gigi tak best. Bila dia tantrum emosi yang kata tak best tu diluahkan. Bila kita firm dan beritahu anak untuk gosok gigi, lama-lama dia akan gosok gigi.
.
.
.
Parenting ni about being konsisten dan firm dan pada masa yang sama kita cuba memahami dan beri lebih loveee pada anak-anak. Bila kita tahu tantrum ni sesuatu yang baik, tentu kita akan kurang stress dan lebih embrace anak dengan kasih sayang. Lepas tantrum, boleh lah suapkan anak dengan #toddible_babyfood makanan bayi sihat bebas gula.

Bayi Anda Jatuh? Bahaya tak?

Heboh kisah baby retak tengkorak di kepala. Mak mak perlu alert ya setiap kali baby diambil dari rumah pengasuh. Ataupun bila baby jatuh kena cepat-cepat ambil tindakan

.
Baby ni kalau jatuh macam nangka busuk. Sebab tak seperti kita orang dewasa bila jatuh kita akan ada refleks untuk tahan, bayi kalau jatuh macam tu je. Jadi kalau baby jatuh pada jarak 1m ia adalah sama macam orang dewasa jatuh pada jarak 3m .
.
Sekiranya baby jatuh, take note berapa jarak. Lagi tinggi jarak, lagi berisiko baby untuk cedera. Tengok permukaan lantai, adakah lantai memang terus simen atau ada carpet di lantai. Kalau lantai keras, lebih berisiko untuk baby cedera
.
.
Bila perlu bawa ke hospital SEGERA?
.
1. Bila baby tak #sedarkan_diri. Baby tak bernafas. Mak mak kalau boleh lengkapkan diri dengan ilmu cpr. Cpr baby tak sama dengan cpr orang dewasa ya. Pada masa yang sama call ambulans.

.
.
2. Darah tidak berhenti. Walaupun kita cuba tekap dan berhentikan masih juga berdarah. Telefon ambulans ya.

.
3. Sawan.
.
.
Bila kita suspect ada sebarang kecederaan, kena perhatikan tanda-tanda seperti ini:
.
1. Patah tulang
- boleh tengok tangan, kaki, lengan atau mana-mana anggota bengkok pada kawasan yang tak boleh dibengkokkan

.
2. Retak tengkorak
- kawasan bengkak yang lembut di bahagian tepi kepala. ( belakang dan atas telinga)
.
3. Gegaran otak (concussion)
- muntah-muntah, jadi lemah, kurang aktif
- berubah pertuturan, pergerakan, dan penglihatan
.
4. Kecederaan organ dalaman 
- menangis dan menjerit tidak berhenti-henti.
.
.
Kalau benjoi nak buat macam mana-mana?
=================================
Ambil ice pack dan alas dengan tuala. Tua. 2-5 minit selama sejam. 2-5minit tuam angkat kejap dan tuam lagi. Bengkak sebab benjol akan surut dengan cepat. Bukan air panas ya!

.
.
Pencegahan
=============
Bila kita berkata mengenai trauma dan jatuh ni, mak mak perlulah ambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah bayi jatuh.
.
1. Setiap bucu yang tajam alas dengan benda yang lembut macam getah ke. Biarlah rumah tak lawa asalkan anak kita selamat
.
2. Kalau ada carpet yang senang tergelincir, alaskan dengan sesuatu. Kalau tak letak tepi carpet tu. Gulung. Jangan pakai dah.
.
3. Jangan letak sebarang perabot dekat dengan tingkap. Dia manjat dan pergi tingkap..takleh bayang nanti.
.
4. Hati-hati tukar lampin kalau kita tukar di changing table. Kalau ada strap pakai!
.
5. Kalau nampak baby dah mula manjat di katil, rendahkan atau tidur jela atas lantai. 
.
6. Pastikan tangga clear dari mainan dan selamat
.
7. Berjaga-jaga bila anak mula manjat-manjat. Kalau jatuh, sempat kita sambut. Kalau boleh takyah ada perabot. Hehe cam rumah saya
.
.
Kalau ada, boleh tambah lagi ya! Dan jangan lupa sentiasa penuhi hak anak dengan makanan sihat dengan toddible baby food!

Bila sebenarnya anda boleh introduce gula dan garam dalam makanan baby?

Sebenarnya saya perasan lah bila anak dah lebih setahun susah sikit anak nak makan makanan tanpa garam dan gula. Kalau kurang setahun ok la. guna natural salt and sugar.
.
.
Rupa-rupanya lepas setahun kita dah boleh introduce garam dan gula. Untuk garam dari lahir sampai 1 tahun kadar garam yang diperlukan dah cukup dengan garam dalam susu badan ibu.

.
.
Namun, kalau dah lepas setahun, requirement dah meningkat kepada 0.8g sodium. Jadi kenalah tambah garam dalam makanan baby but not too much. cuma 2g sehari. SEHARI okay. Tak sampai secubit dan bukan sesudu.
.
.
Untuk gula, dinasihatkan JANGAN bagi refined white sugar sebab promote kerosakan gigi. Kalau nak bagi, sikit-sikit bagi honey jelah. Itupun lepas setahun tau baru bagi. Less than that tak boleh tau. Itu sahaja penulisan dari saya.

Anak taknak makan bubur cair dan halus dah?

Sejak akhir-akhir ni banyak lina jumpa customer yang ada masalah anak taknak makan halus-halus dan cair. Sebelum ni kemain tauuu kalau asal nampak mak bawak makanan baby dah hepi jerit-jerit nangi. Tak sabar nauuu nak makan. 

.
.
Namunn bila dah masuk 10 bulan ni...baby dia dah taknak makan. Sembur sana sini, mengelak kalau maknya suap. Tukar menu pun macam tu. Bubur nasi taknak, bubur oat taknak, bubur barley pun taknak.
.
.
Buntu mak!!
.
Lina pun suggest Toddible toddler porridge. Macam mak mak yang lain lina pun ada masalah yang sama. Aisy tu bila dah setahun lebih taknak yang lembik-lembik. Bila bagi makan, mengelak. Bila bagi makan, mengelak. Sampai kita rasa stress naik kepala, panas hati jugakkannn.
Toddible's Toddler Porridge

.
Mujur jugak bila ada toddible toddler porridge ni. Bukan adik je berselera, abang pun tumpang sama. Walaupun dibuat daripada beras putih biasa, aroma toddler porridge ni membangkitkan selera. Time bancuh tu pun anak dah terkinja-kinja nak cuba.
.
..
Sekarang ni lega. Sebab time busy buat kerja. Bancuh je dengan air panas dah siap toddler porridge. Time travel nanti order je dekat kedai air panas tinggal bancuh je. Ye mak mak...toddible toddler porridge ni memang bancuh dengan air panas je...mudah sangatkan?
.
.
Anak yang dulu tak mau makan, terus berselera sangat bila cuba toddible toddler porridge ni!
.

Anda kenal mereka yang ada G6PD deficiency? Jom baca artikel ni!


Perasan kan sejurus selepas bayi dilahirkan, darah dari tali pusat diambil untuk screening for G6PD deficiency. Sebab penyakit ini sangat kerap berlaku di Asia. Persoalannya, apa itu G6PD deficiency?
.
.
G6PD deficiency ni adalah keadaan dimana badan kurang atau tidak boleh menghasilkan enzyme glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD). Enzyme ni sangat penting dalam penghasilan protein yang melindungi sel darah merah disebabkan oleh trigger tertentu.
.

.Tanpa enzyme ini sel darah merah mudah pecah disebabkan oleh trigger tersebut menyebabkan kekurangan darah merah sebab dah pecah banyak kan....

G6PD biasanya diwarisi dari salah seorang atau kedua ibubapa. G6PD deficiency tidak berjangkit dan merupakan penyakit seumur hidup.

Trigger yang menyebabkan hemolytic anemia pada pesakit G6PD termasuk:
1. Jangkitan
2. Ubat-ubatan
3. Makanan
.


Tanda-tanda terkena hemolytic anemia termasuklah
1. pucat
2. lemah/ pengsan
3. denyutan nadi laju
4. kuning (jaundice)
5. air kencing berwarna teh
.
.
SENARAI MAKANAN YANG MENYEBABKAN HEMOLYTIC ANEMIA pada pesakit G6PD deficiency
.
1. Makanan yang mengandungi sulfites
.
- baked items : cakes/ biskut
- air lemon/ limau dalam botol
- sayur/ buah frozen/ ditinkan
- tepung jagung/ cornstarch
- biskut crackers
- processed meat: sosej dan burger
- sayur dan buah kering (termasuk kismis)
- herbs dan spices
- teh
- ikan dan kerang-kerang
- anggur
- jam, jeruk
- jus buah dan sayuran
- kentang yang diproses - french fries, kerepek kentang
- kerepek dan gula-gula
- benda-benda macam magie segera, porridge segera yang dah campur macam-macam bahan
- product berasaskan soya (kicap, sos)
- product berasaskan tomato (tomato puree, paste)
- cuka


2. Kacang parang serta kekacang lain


3. Menthol dan product bermenthol
- ubat gigi, mouth wash, candy yang ditambah menthol

4. Gluten free product
- product ini biasanya ditambah kekacang 

5. Asid ascorbic (vitamin C)
- yang ni kena ambil berpada-pada. Kalau buah-buahan yang bervitamin C pun perlu berpada-pada ambil.
Sebab tu saya nasihatkan jangan pandai-pandai kita suap makanan pada bayi. Lebih-lebih lagi kita tak tau anak tu ada G6PD deficiency atau tidak. Kalau sampai anak orang kurang darah bahaya jugak kan.
.
.
Sebarkan info ini pada ramai orang dan jangan lupa set saya SEE FIRST untuk mengetahui mengenai info pemakanan, kesihatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika mula solid food pada bayi anda

Rasanya kena tulis balik benda-benda penting ni untuk mak mak yang nak mulakan solid food pada anak-anak. Supaya tak terlepas pandang perkara-perkara yang penting.
.

.
USIA

.
Mulakan pada usia anak 6 bulan. Kurang dari usia itu anak hanya bergantung pada susu sahaja. Maksudnya, tiada supplement, tiada bubur, tiada air masak. Hanya semata-mata susu sahaja. 
.
.
TANDA-TANDA ANAK BERSEDIA MAKAN

1. Bayi dapat duduk dengan sokongan
2. Bayi boleh tegakkan leher takde lembik-lembik
3. Bayi berminat dengan makanan - masukkan tangan dalam mulut, cuba mencapai makanan anda dan renung je makanan
4. Bila disuap, hilang nya #extrusion reflex. Lidah bayi tidak menolak makanan bila disuap. Mulut dan lidah dah in sync dengan sistem pencernaan.
5. Bayi sudah berat 2 kali ganda dari berat lahirnya, sekurang-kurangnya 6kg.
.
.
MAKANAN APA YANG BOLEH DIMULAKAN

.
Ada yang mulakan dengan puree sayuran atau buahan --> boleh!
Ada yang mulakan dengan bubur nasi/ oat/ barley --> pun 
boleh
Ada yang mulakan dengan puree daging/ ayam --> pun boleh
.
Untuk pastikan penerimaan bayi, campurkan dengan sedikit susu ibu/ susu yang biasa bayi minum.
.
.
4 DAYS RULE

.
Bila kenalkan sesuatu makanan, cuba makanan yang sama sekurang-kurangnya 3 hari. Untuk pastikan bayi tidak allergik dengan makanan. Buat catitan jadual untuk rekod makanan bayi. Jadi jika allergy sesuatu, senang kita nak detect
.
.
Biasanya jika bayi itu allergy kita boleh lihat tanda dalam 3 jam selepas makan. Namunn, jika kita nampak tanda-tanda seperti berikut, bawa bayi anda cepat ke hospital:
1. nafas berbunyi
2. susah untuk menelan
3. tidak boleh bernafas.
.
.
untuk tanda allergy yang lebih ringan seperti bintat merah, muntah dan cirit birit dapatkan nasihat dari doktor anda.
.
.
Itu sahaja. Harap membantu perjalanan anda memulakan makanan yang sihat untuk bayi anda. Untuk proses weaning yang lebih mudah dan menyeronokkan- boleh gunakan Toddible baby food.