Jangkitan kulat di mulut bayi/ Oral Thrush/ Seriawan

Ok seriawan..ni first time dengar bila maid jawa yang describe. Tengok-tengok rupanya ada dalam buku baby. Oral thrush ni kita saspek bila nampak putih-putih / kuning cream dalam mulut baby yang SUSAH kita nak tanggalkan. Kalau yang senang nak tanggal tu susu je.
.

.
Stress sangat bila ada oral thrush. Baby menangis, mulut sakit, perut lapar tapi bila menyusu terasa sakit. Mak stress baby nangis minum sikit nangis je banyak.
.
.
Kenapa anak saya ada seriawan, anak orang lain takde?
.
Banyak faktor nya terjadi oral thrush. Antara yang paling kerap adalah antibiotik. Sebab tu kalau baby ni hanya diberi antibiotic jika perlu sahaja. Tak boleh suka-suka bagi. Selain tu mak yang ambil antibiotic pun sebabkan baby ada thrush. Antara faktor lain adalah faktor rendah imuniti, bayi pramatang dan penjagaan kebersihan
.
.
.
Biasanya kalau baby ada oral thrush ubat anti kulat akan diberi. Paling penting sekali untuk kita sapu ubat itu pada payudara untuk elak jangkitan tu datang balik. Sebab kadang jangkit pada bayi lepastu jangkit pada kita. Lepas bayi balik, kita pulak terkena dan jangkit semula pada bayi.
.
Pastikan juga sentiasa bersihkan botol susu, puting, barang mainan yang selalu bayi bawa masuk mulut. Semua tu sterilize elok-elok.
.
.
Saya doakan anak mummy cepat sembuh dan jangan lupa untuk beri Toddible bila bayi dah 6 bulan!
.
.
Jangan LUPA:
1. Komen SAYA DAH FAHAM selepas anda membaca
2. KONGSIKAN pada rakan-rakan yang lain
3. Set SEE FIRST saya dan FOLLOW untuk tidak ketinggalan dapat tips kesihatan, pemakanan dan parenting
4. Ikuti chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud

No comments