Berpuasa semasa menyusukan anak..larat ke tu mak?

Mak mak yang menyusu biasanya faham terdapat rukhsah puasa. Tapi ada yang bertekad nak puasa jugak sebab yelah ramadhan sekali je setahun. Dan seronok sangat berpuasa di bulan ramadhan ni. 

.
.
wanita yang boleh berpuasa termasuklah
1. Anak dah setahun - dah makan dan minum maka tak bergantung sepenuhnya pada susu ibu
2. Stok susu banyak dan mencukupi sepanjang ramadhan
.
.
Sebenarnya wanita boleh je berpuasa ketika menyusukan anak. Tapi dengan syarat kena minum air banyak di antara sahur dan berbuka. Makan pulak kena pastikan mengambil banyak makanan yang low GI macam sayuran, buahan, bijirin penuh.
.
.
Namun kena check kalau mak mak dan baby ada tanda-tanda ni bolehla berbuka awal ya:
.

Untuk mak mak:
1. berat badan turun >1kg / week
2. dahaga keterlaluan
3. air kencing berbau kuat/ pekat
4. rasa pitam/ pening/ mengantuk walaupun dah tidur
5. sering sakit kepala
.
.
Untuk bayi yang kurang 6 bulan:
1. Kurang membuang
2. Najis berwarna hijau (kurang mendapat hindmilk)
3. Menangis berlebihan
4. Berat badan kurang/ tidak naik.
.
.
Walaubagaimanapun mak mak biasa kalau tak larat jangan push. Berbukalah sebab tu kelonggaran yang diberikan. InsyaAllah tahun depan boleh berpuasa lagi. Demi kebaikan badan dan kebaikan anak-anak. Kalau rasa larat, pastikan minum banyak air (2 liter), makan makanan berkhasiat dan low GI dan kalau berkemampuan ambil supplement tambahan.
.
.
Selamat berpuasa dan tak berpuasa!
.
.
Jangan LUPA:
1. Komen SAYA DAH BACA selepas anda membaca
2. KONGSIKAN pada rakan-rakan yang lain
3. Set SEE FIRST saya dan FOLLOW untuk tidak ketinggalan dapat tips kesihatan, pemakanan dan parenting
4. Ikuti chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud

No comments