Berpuasa semasa hamil- Selamat tak?


.
Nak dekat ramadhan ni...baiklah saya kupas satu isu menarik mengenai mengandung dan berpuasa. Sebenarnya seronok juga mengandung time bulan ramadhan. Kalau sihat memang boleh puasa penuh. Tapi tak semua wanita mengandung boleh berpuasa penuh di bulan ramadhan.


.
.
Ada beberapa faktor yang kena timbang betul-betul dan seeloknya kena discuss dengan doktor yang anda follow up sama ada mak boleh tak puasa ketika bulan ramadhan. 
.
.
Faktor-faktornya adalah:
.
1. Masalah kesihatan
.
Jika dipastikan mak mak sihat, insyaAllah memang boleh puasa penuh. Jika ada penyakit seperti di bawah ni kena tangguh dulu lah ya:
- kencing manis
- masalah hati 
- penyakit asthma yang teruk 
- darah tinggi yang teruk
- mengandung kembar
- mempunyai risiko lahir bayi prem
- masalah kehamilan yang serius
.
.
2. Fasa kehamilan

.
Tidak digalakkan untuk berpuasa pada 3 BULAN PERTAMA kehamilan (first trimester) kerana kajian menunjukkan bila mak mak mengandung waktu ni berat bayi yang dilahirkan lebih rendah daripada bayi yang lain. Yang paling risau ia turut menyumbang pada masalah pembelajaran ketika besar nanti. So yang awal-awal ni kalau boleh jangan puasa dulu ya!
.
.
3. Tempoh berpuasa
.

Yang ni bergantung pada negara mana yang kita tinggal. Kalau di Malaysia ok lagi cuma puasa 12-13 jam. Ada tempat puasanya lebih panjang. kalau panjang sangat puasa bimbang keadaan ibu dan bayi. 
.
Dan turut kena ambil kira adalah musim - musim panas takut menyebabkan masalah dehydration, musim sejuk pula lebih banyak tenaga diperlukan untuk panaskan badan. 
.
.
Apa-apapun bagi mak mak hamil yang boleh berpuasa kena monitor kesihatan diri. Kalau ada tanda di bawah boleh cepat cepat buka ya dan dapatkan pemeriksaan doktor:
.
1. Pening kepala, pengsan atau lemah. 
2. Loya atau muntah
3. Bayi tidak bergerak/ kurang bergeral (>20 minggu)
4. Kencing pekat dan sedikit dan dahaga sangat
5. Berat badan tidak menaik/ menurun
6. rasa sakit seperti nak bersalin
7. demam
.
.
Jangan lupa bersahur dengan makan banyak protein dan sayuran / buah buah. Banyak minum air kalau boleh aim dari buka sehingga sahur kena teguk 2 liter. Selamat berpuasa!
.
.
Kongsikan post ini dengan ibu-ibu bersalin yang lain ya! Jangan lupa follow dan set saya SEE FIRST supaya tak ketinggalan banyak tips yang lain,
.
.
Klik link ni untuk dapatkan tips PERCUMA: m.me/AmalinaMohdDaud

No comments