KENAPA GARAM TAK BOLEH BERI PADA BAYI KURANG SETAHUN?

Sedih sebenarnya sebab kena tulis balik artikel ni banyak banyak banyak kali. Tak pasti ramai juga mahu argue soal beri gula dan garam pada bayi. Bagi saya kalau sayangkan anak mesti kita akan pilih pilihan terbaik. Dan saya pilih untuk #TIDAK beri anak gula dan garam.
.

.
Pada usia kurang dari setahun bayi cuma perlu 1g/day sodium . Sekiranya lebih dari keperluan #ginjal atau buah pinggang bayi takkan dapat cope. Hampir semua requirement garam ni dapat dipenuhi dengan #penyusuan. Sama ada susu ibu atau susu formula.
.
.
Sesetengah ibu kata takpelah takpelah #secubit je pun wont do any harm kut. Anda tahu berapa secubit garam? Secubit garam bersamaan dengan 0.25g sodium. Maka jika anda beri anak anda 3 kali makan requirement sodium 3/4 hampir penuh.
.
.
Plus susu lagi...sudah pasti terlebih-lebih dah garam. Bayangkan ginjal anak anda bekerja keras untuk singkirkan garam?
.
.
Tapi in the end terpulang jugak pada mak mak. Mungkin rasa tak apa kut kalau beri anak garam banyak banyak. Mungkin rasa anda hidup lama je diberi garam dulu. Saya hanya nasihat yang terbaik dan saya juga pastinya akan beri yang #terbaik untuk anak-anak.
.
.
Pendapat saya masih sama, NO SALT until 1 year old ya. Sebab tu saya pilih TODDIBLE makanan bayi bebas gula, garam dan preservatives.
.
.
Jangan LUPA: 1. Komen SAYA DAH FAHAM selepas anda membaca 2. KONGSIKAN pada rakan-rakan yang lain 3. Set SEE FIRST saya dan FOLLOW untuk tidak ketinggalan dapat tips kesihatan, pemakanan dan parenting 4. Ikuti chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud


Jangkitan kulat di mulut bayi/ Oral Thrush/ Seriawan

Ok seriawan..ni first time dengar bila maid jawa yang describe. Tengok-tengok rupanya ada dalam buku baby. Oral thrush ni kita saspek bila nampak putih-putih / kuning cream dalam mulut baby yang SUSAH kita nak tanggalkan. Kalau yang senang nak tanggal tu susu je.
.

.
Stress sangat bila ada oral thrush. Baby menangis, mulut sakit, perut lapar tapi bila menyusu terasa sakit. Mak stress baby nangis minum sikit nangis je banyak.
.
.
Kenapa anak saya ada seriawan, anak orang lain takde?
.
Banyak faktor nya terjadi oral thrush. Antara yang paling kerap adalah antibiotik. Sebab tu kalau baby ni hanya diberi antibiotic jika perlu sahaja. Tak boleh suka-suka bagi. Selain tu mak yang ambil antibiotic pun sebabkan baby ada thrush. Antara faktor lain adalah faktor rendah imuniti, bayi pramatang dan penjagaan kebersihan
.
.
.
Biasanya kalau baby ada oral thrush ubat anti kulat akan diberi. Paling penting sekali untuk kita sapu ubat itu pada payudara untuk elak jangkitan tu datang balik. Sebab kadang jangkit pada bayi lepastu jangkit pada kita. Lepas bayi balik, kita pulak terkena dan jangkit semula pada bayi.
.
Pastikan juga sentiasa bersihkan botol susu, puting, barang mainan yang selalu bayi bawa masuk mulut. Semua tu sterilize elok-elok.
.
.
Saya doakan anak mummy cepat sembuh dan jangan lupa untuk beri Toddible bila bayi dah 6 bulan!
.
.
Jangan LUPA:
1. Komen SAYA DAH FAHAM selepas anda membaca
2. KONGSIKAN pada rakan-rakan yang lain
3. Set SEE FIRST saya dan FOLLOW untuk tidak ketinggalan dapat tips kesihatan, pemakanan dan parenting
4. Ikuti chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud

Toddible brown rice flakes

Hai semua!
.
Harini saya nak introduce kan produk baru dari toddible iaitu Toddible Brown Rice Flakes. Ianya seakan-akan breakfast cereal di pasaran. Bezanya, 50 peratus adalah berasaskan brown rice semata-mata dan BEBAS gula, garam, pengawet dan perasa tambahan 



Ni lah rupa brown rice flakes. Comel kan... InsyaAllah harapan saya bila dah ada brown rice flakes ni dapatlah kiranya anak-anak bertukar kepada cereal bebas gula garam dan bahan pengawet. 
.
.
Time time raya macam ni senang nak dapatkan jajan sihat untuk anak. Instead bagi biskut raya atau kuih-kuih yang ada gula garam pewarna dan macam-macam lagi, hulurkan brown rice flakes ni je. Rasanya sungguh unik dan yang paling best anak dapat krup krap krup krap je.
.
.

Saya cadangkan yang masih bayi boleh bancuh dalam bubur untuk tambah tekstur dan konsistensi dalam bubur. Untuk yang dah besar dan boleh kunyah boleh makan macam tu je atau makan dengan susu segar. 
.
.
Sama-sama kita usahakan makanan terbaik untuk anak kita. Untuk pembelian, boleh ke website kami : www.toddible.com.my

Berpuasa semasa menyusukan anak..larat ke tu mak?

Mak mak yang menyusu biasanya faham terdapat rukhsah puasa. Tapi ada yang bertekad nak puasa jugak sebab yelah ramadhan sekali je setahun. Dan seronok sangat berpuasa di bulan ramadhan ni. 

.
.
wanita yang boleh berpuasa termasuklah
1. Anak dah setahun - dah makan dan minum maka tak bergantung sepenuhnya pada susu ibu
2. Stok susu banyak dan mencukupi sepanjang ramadhan
.
.
Sebenarnya wanita boleh je berpuasa ketika menyusukan anak. Tapi dengan syarat kena minum air banyak di antara sahur dan berbuka. Makan pulak kena pastikan mengambil banyak makanan yang low GI macam sayuran, buahan, bijirin penuh.
.
.
Namun kena check kalau mak mak dan baby ada tanda-tanda ni bolehla berbuka awal ya:
.

Untuk mak mak:
1. berat badan turun >1kg / week
2. dahaga keterlaluan
3. air kencing berbau kuat/ pekat
4. rasa pitam/ pening/ mengantuk walaupun dah tidur
5. sering sakit kepala
.
.
Untuk bayi yang kurang 6 bulan:
1. Kurang membuang
2. Najis berwarna hijau (kurang mendapat hindmilk)
3. Menangis berlebihan
4. Berat badan kurang/ tidak naik.
.
.
Walaubagaimanapun mak mak biasa kalau tak larat jangan push. Berbukalah sebab tu kelonggaran yang diberikan. InsyaAllah tahun depan boleh berpuasa lagi. Demi kebaikan badan dan kebaikan anak-anak. Kalau rasa larat, pastikan minum banyak air (2 liter), makan makanan berkhasiat dan low GI dan kalau berkemampuan ambil supplement tambahan.
.
.
Selamat berpuasa dan tak berpuasa!
.
.
Jangan LUPA:
1. Komen SAYA DAH BACA selepas anda membaca
2. KONGSIKAN pada rakan-rakan yang lain
3. Set SEE FIRST saya dan FOLLOW untuk tidak ketinggalan dapat tips kesihatan, pemakanan dan parenting
4. Ikuti chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud

Bila saya patut rancang untuk ada anak seterusnya?

Bila mak mak tanya soalan ni rasa macam hehe saya pun anak kedua terlajak. Terlajak perahu boleh diundur terlajak ada baby terimalah dengan redha. 
.

.
Sebenarnya ada banyak faktor yang perlu diconsider bila nak ada anak seterusnya - bagi yang jenis suka merancang. Bagi yang suka jalan terus tak toleh belakang saya nasihatkan anda pause kejap dan baca tulisan ni. 
.
.
Antara faktor yang boleh difikirkan saya pada ketika ni adalah:
.
1/ Faktor usia
.
Wanita ni berlumba dengan masa, Ada jangka usia yang kita ni betul-betul subur. Jadi usia sebelum 35 tahun adalah waktu wanita betul-betul subur. Jadi kalau jenis lambat berkahwin atau lambat dapat anak kena ambil kira faktor ni. 
.
Bukan kata lepas 35 takde chance langsung dapat anak. Lepas 35 masih boleh dapat anak tapi kesuburan menurun dan risiko hamil selepas 35 lebih tinggi. So tik tok tik tok!
.
.
2/ Faktor kewangan
.
Melahirkan anak, membesarkan anak memang sangat tinggi. Lagi-lagi kalau yang mengidam nak bersalin dekat Prince Court memang boleh cecah 5 angka untuk kelahiran normal. Belum caesar. Membesarkan anak lagi, keperluan lagi, nak hantar babysitter lagi, sekolah lagi semua guna duit. 
.
.
3/ Faktor kesihatan
.
Jarang yang fikir kesihatan mak yang hamil dan bersalin. Kesihatan ni termasuklah fizikal dan mental. Ada mak yang dapat anak high needs memang letih. Selalu nak kena attend anak. Ada mak yang ok je chillax ada anak (ni pengalaman anak kedua saya). 
.
Ada mak belum hilang penat mental anak pertama dah keluar anak kedua. So pastikan mak dah ready secara fizikal dan mental, baru plan anak seterusnya. 
.
.
4/ Faktor penjaga anak
.
Bila mak ayah pekerja ramai hantar anak ke babysitter. So kita tengok babysitter ok tak terima anak kita ramai-ramai. Boleh tak dia cope. Kadang-kadang mereka tak boleh nak terima kalau ramai sangat. Bukan apa...kita pun kalau duduk dengan anak-anak yang ramai seharian dah letih sangat. Apa lagi babysitter. 
.
Ada yang pilih nak separate hantar babysitter lain tapi kos pula jadi masalah. Ada yang kata takpela isteri surirumah. Tapi surirumah pun ada limit energy. Maybe kena bantu isteri atau beri isteri seorang helper ke kann. 
.
.
Apape pun, consider banyak perkara sebelum plan untuk ada anak seterusnya. Cuma saya nasihatkan tunggu anak yang ada usia sekurang-kurangnya 6 bulan baru mula merancang anak seterusnya. Tu paling minimum lah jarak yang selamat sebab kajian kata kalau tak tunggu anak 6 bulan ada risiko bayi prem, bayi kurang berat badan dan bayi lebih kecil.
.
.
Selamat merancang
Orang yang tidak merancang adalah orang yang merancang kegagalan.
.
.
Jangan LUPA:
1. Komen SAYA DAH BACA selepas anda membaca
2. KONGSIKAN pada rakan-rakan yang lain
3. Set SEE FIRST saya dan FOLLOW untuk tidak ketinggalan dapat tips kesihatan, pemakanan dan parenting
4. Ikuti chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud
.

Anda pasti cara simpanan ubat anda di rumah selamat? Jom baca sini!


Bayi anda demam? Simpan artikel ini untuk rujukan.

Saya paling susah hati kalau dengar anak demam. Lagi-lagilah kalau baby yang demam sebab bayi kurang 6 bulan tak patut demam. Lagi-lagilah kalau minum taknak makan taknak dan baby terbaring lemahh. Aduihhh rasa lemah je hati ini. 

.

.
Ok harini jom saya explain apa itu demam..
.
Demam bukan penyakit. Demam adalah reaksi tubuh badan kita untuk melawan penyakit. Setiap kali demam kita kena cari punca penyakit yang sebabkan demam. 
.
Berapa suhu anak yang dikatakan demam?
- 37.5'c (mulut)
- 37'c (ketiak)
- 38'c (pada punggung - rectum)
.
.
Antara punca demam yang selalu sangat melibatkan bayi dan kanak-kanak

1. Jangkitan kuman dan virus
2. Pemberian vaksin
3. Suhu sekitar yang terlampau panas
.
.
Apa mak mak perlu buat jika anak demam?
.
1. Beri ubat mengikut dos dan masa. Bayi kurang 3 bulan kena dapatkan nasihat doktor. Kalau tak sure kena bawa berjumpa doktor
2. Pastikan anak minum banyak air. 
3. Selalu lapkan badan anak untuk menurunkan suhu
4. Pakaikan pakaian nipis. Jangan pakai tebal, Jangan selimutkan anak.
.
.
Bila mak mak perlu risau bayi demam. Perlu risau maksudnya perlu bawa berjumpa dengan doktor cepat-cepat ya!
.
1. Bila bayi demam dan berusia kurang 6 bulan
2. Bila demam terlalu panas (melebihi 38'c)
3. Bila bayi demam dan tidak mahu menyusu. Yang ni disertai dengan symptom kurang air - pampers ringan (kurang kencing)
4. Sawan
5. Kejang leher - tidak boleh menggerakkan leher ke kiri dan ke kanan
6. Ruam yang tidak berubah warna bila dipicit.
.
.
Itu sahaja panduan dari saya. Sila komen SAYA DAH MAHIR ANAK DEMAM jika mak mak rasa artikel ni sangat membantu. Semoga anak mak semua cepat sembuh ya! Yang dah boleh makan boleh cuba Toddible Quickbarley Powder sebagai usaha alternatif. Ubat still kena ambil ya!
.
.
Kongsikan post ini kepada mak mak yang lain. Jangan lupa FOLLOW dan set saya SEE FIRST untuk tidak ketinggalan mendapatkan info pemakanan, kesihatan dan parenting.
.
.
Chatbot saya: m.me/AmalinaMohdDaud 

Berpuasa semasa hamil- Selamat tak?


.
Nak dekat ramadhan ni...baiklah saya kupas satu isu menarik mengenai mengandung dan berpuasa. Sebenarnya seronok juga mengandung time bulan ramadhan. Kalau sihat memang boleh puasa penuh. Tapi tak semua wanita mengandung boleh berpuasa penuh di bulan ramadhan.


.
.
Ada beberapa faktor yang kena timbang betul-betul dan seeloknya kena discuss dengan doktor yang anda follow up sama ada mak boleh tak puasa ketika bulan ramadhan. 
.
.
Faktor-faktornya adalah:
.
1. Masalah kesihatan
.
Jika dipastikan mak mak sihat, insyaAllah memang boleh puasa penuh. Jika ada penyakit seperti di bawah ni kena tangguh dulu lah ya:
- kencing manis
- masalah hati 
- penyakit asthma yang teruk 
- darah tinggi yang teruk
- mengandung kembar
- mempunyai risiko lahir bayi prem
- masalah kehamilan yang serius
.
.
2. Fasa kehamilan

.
Tidak digalakkan untuk berpuasa pada 3 BULAN PERTAMA kehamilan (first trimester) kerana kajian menunjukkan bila mak mak mengandung waktu ni berat bayi yang dilahirkan lebih rendah daripada bayi yang lain. Yang paling risau ia turut menyumbang pada masalah pembelajaran ketika besar nanti. So yang awal-awal ni kalau boleh jangan puasa dulu ya!
.
.
3. Tempoh berpuasa
.

Yang ni bergantung pada negara mana yang kita tinggal. Kalau di Malaysia ok lagi cuma puasa 12-13 jam. Ada tempat puasanya lebih panjang. kalau panjang sangat puasa bimbang keadaan ibu dan bayi. 
.
Dan turut kena ambil kira adalah musim - musim panas takut menyebabkan masalah dehydration, musim sejuk pula lebih banyak tenaga diperlukan untuk panaskan badan. 
.
.
Apa-apapun bagi mak mak hamil yang boleh berpuasa kena monitor kesihatan diri. Kalau ada tanda di bawah boleh cepat cepat buka ya dan dapatkan pemeriksaan doktor:
.
1. Pening kepala, pengsan atau lemah. 
2. Loya atau muntah
3. Bayi tidak bergerak/ kurang bergeral (>20 minggu)
4. Kencing pekat dan sedikit dan dahaga sangat
5. Berat badan tidak menaik/ menurun
6. rasa sakit seperti nak bersalin
7. demam
.
.
Jangan lupa bersahur dengan makan banyak protein dan sayuran / buah buah. Banyak minum air kalau boleh aim dari buka sehingga sahur kena teguk 2 liter. Selamat berpuasa!
.
.
Kongsikan post ini dengan ibu-ibu bersalin yang lain ya! Jangan lupa follow dan set saya SEE FIRST supaya tak ketinggalan banyak tips yang lain,
.
.
Klik link ni untuk dapatkan tips PERCUMA: m.me/AmalinaMohdDaud