Ramai rupanya mak mak yang bila mengandung tak faham kenapa kena check kencing manis semasa mengandung atau dalam bahasa omputihnya gestational diabetes mellitus (GDM). So senang nak tulis nama panjang kita pendekkan jadi GDM ya!
.
.
GDM ni di diagnose bila sebelum mengandung mak mak ni takde kencing manis (atau bahasa lain diabetes mellitus DM) tapi bila mengandung terus ada DM. Sebab sesetengah kejadian hormone dari uri baby tu akan block insulin. Insulin ni hormone dalam badan yang tugas dia untuk turunkan gula dalam darah. Bila insulin block, maka jadilah kencing manis (DM) ketika mengandung.
.
.
Kencing manis ni berbahaya pada ibu dan bayi. Untuk bayi terutama:
1. bayi terlalu besar sampai sukar dilahirkan
2. banyak sangat air ketuban (polyhydramnions) sampai beri masalah kelahiran
3, bayi pramatang
4. bayi lahir kurang gula (hypoglycemia) yang jika tak dirawat boleh sebabkan kurang upaya mental
5, bayi kuning terlalu lama dan
6. boleh jugak sebabkan kematian pada bayi.
.
Untuk ibu pula bila kencing manis tidak terkawal maka boleh sebabkan keadaan berbahaya iaitu preeclampsia.
.
.
Sebab tu untuk sesetengah ibu yang berisiko tinggi memang kena uji untuk GDM dengan minum air gula. Kalau terbukti insulin tak berjaya turunkan gula pada paras yang dikehendaki pada waktu yang ditetapkan maksudnya ibu tu ada GDM.
.
.
Biasanya GDM dirawat dengan jaga makan atau cadangan exercise ringan-ringan untuk ibu mengandung. Namun, kalau tak berjaya jugak untuk turunkan gula, ibu mengandung yang ada GDM kena jugak cucuk insulin. Ubat makan kencing manis yang biasa tak boleh bagi sebab akan bahayakan kesihatan baby.
.
.
GDM ni kadang-kadang akan hilang lepas bayi dilahirkan. Tapi ada sesetengah ibu yang tak hilang maka dia akan terus dirawat sebagai pesakit kencing manis (DM). Jadi kena jaga makan, rajin exercise dan makan ubat secara teratur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments