tantrum: Kenapa dan Cara Penyelesaian

Sejak dua tiga bulan ni sebenarnya abang tantrum teruk. Kalau dulu bila dia nak sesuatu kalau kami tak layan tantrum dia tak menjadi. Namun sekarang bila kami tak layan tantrum semakin menjadi-jadi. Uh-oh (perkataan faveret aisy)...sesuatu kena dilakukan.


.
.
Kenapa tantrum

Saya suka bercakap mengenai tantrum sebab tantrum adalah struggle semua parents. Yeppp semua. Kadang tu kita tak faham apa lah yang dimarahkan sangat. So jom kita fahamkan. 
.
Terdapat area di bahagian otak di belakang bulu kening anak kita iaitu prefrontal cortex (PFC). Bahagian ini paling lambat matang antara bahagian otak yang lain. Bahagian ini mula matang apabila usia 4 tahun. PFC mengawal emosi dan kelakuan. 
.
Bahagian ini Allah jadikan lambat matang untuk membantu kanak-kanak mendapat perkembangan dari sudut bahasa. Maksudnya kita kena bersabar sikit dengan emosi anak-anak demi anak boleh berkomunikasi.
.
Lagi satu...pemikiran anak-anak pada waktu ini lebih kepada unsur magis. Dia percaya mandi akan menyebabkan diri dia bertukar cecair, orang boleh rampas hidung dia, mata boleh terkeluar jadi bola dan macam-macam. 
.
Bila magical thinking ni senang sangat untuk dia stress. Bila stress cortisol meningkat menyebabkan dia hilang pertimbangan dan tantrum meletus...
.
.
.
Apa nak buat bila tantrum?

Soalan pertama kita kena tanya kenapa anak kita tantrum?
.
Jika dia tantrum disebabkan INGINKAN sesuatu, ELAKKAN bereaksi dengan 2 cara
.
1. Anger trap (Perangkap marah)
.
Anak nak sesuatu kita tak bagi...anak tantrum dan kita balas dengan kemarahan. No no jangan marah sebab marah hanya akan menyebabkan tantrum anak bertambah lama. Ibarat kita menyiram minyak dengan api 
.
.
2. Sadness trap (Perangkap sedih)
.
Anak nak sesuatu kita tak bagi..anak tantrum dan kita pujuk. Ohh ni memang lagi feed tantrum dia. Pujuk tu macam kenapa ni..bila kita pujuk dan cuba pulihkan keadaan, sebenarnya kita menggalakkan anak tantrum lagi. Takpe nanti mak pujuk
.
SEBALIKNYA bila dia tantrum, bertenang tarik nafas. Dan beritahu dia kita takkan layan dia, takkan berikan perhatian pada dia sampai dia bertenang. Memang susah dan mencabar, namun kena kuatkan hati demi anakmu
.
.
Namun, teknik ni tak jadi bila anak tantrum kerana taknak buat apa yang kita suruh (ESCAPE tantrum). Contoh, abang mandi! Taknak mandi dan mengamuk. Jadi, apa yang kita buat.
.
1. Beri masa dan tindakan. - Ok mummy kira sampai 5 kalau abang tak mandi, mummy akan masukkan abang dalam bilik air.
.
2. Bila anak tak dengar selepas kiraan 5 terus bawak anak. Waktu ini kalau anak mengamuk buat sahaja. Memang tak selesa tapi cuba buat.
.
3. Kalau anak mengamuk sampai memukul, menampar mandikan dia jugak (atau perbuatan yang kita suruh) dan buat time out. 
.
.
Waktu ni dia akan tahu walau apa terjadi dia masih kena buat apa perkara yang dia taknak buat. Namun, jika ada perbuatan dan perlakuan anak yang tak boleh diterima seperti memukul, maka dia akan dihukum untuk itu. 
.
.
Selamat berjaya mommy! Kalau stress dengan anak tantrum sampai tak ada mood nak masak, beli je toddible - makanan untuk kanak-kanak hebat!

No comments