Istilah mak kau hijau memang tak asing dengan mak ayah di mana anak dah start buat perangai. Saya pun tak terkecuali. Post ni saya buat sebagai peringatan kepada diri sendiri. Andai mak mak rasa bermanfaat, bolehlah kongsikan dengan mak mak yang lain.
.
.
1, Menjerit pada anak menyebabkan perangai lagi buruk
.
Biasa kita jerit marah pada anak untuk mendisiplinkan. Namun, kajian mendapati bila kaedah jeritan digunakan perangai akan jadi lebih teruk dan lebih kuat dan panjang jeritan diperlukan untuk disiplinkan anak.
.
.
2. Menjerit memberi kesan kepada pertumbuhan otak
.
Jerit mengganggu perkembangan otak. Kanak-kanak yang biasa dijerit (parental voice abuse) apabila dibuat MRI pada otaknya mendapati ada perbezaan dari segi bahagian yang memproses bunyi dan pertuturan,
.
.
3. Menjerit buat anak mudah kena depression
.
Jerit membuatkan anak sedih, takut, kecewa dan marah. Bukan di situ sahaja kesannya. Pada masa akan datang ia menyebabkan masalah psychology seperti depression. Depression menyebabkan sesetengah anak mengambil langkah mudah ambil dadah, substance abuse dan alcoholic.
.
.
4. Menjerit buat anak senang sakit fizikal
.
Yup bukan psychological sahaja, anak mudah sakit pada fizikal bila selalu dijerit.
.
.
5. Menjerit pada anak buat anak mengalami sakit kronik
.
Kajian menunjukkan bila kita menjerit pada anak anak akan sakit kronik seperti arthritis, migraine, sakit belakang.
.
.
Maka setiap kali kita nak jerit pada anak, fikirkan kesan-kesan di atas. Anak itu kain putih dan kitalah pencoraknya. Fikirkan masa depan mereka jika kita yang tak dapat tahan sabar kita dan jerit pada mereka. Kalau taknak fikir masa depan mereka, fikirlah masa depan kita di akhirat sana bila dipertanggungjawabkan dengan soalan tentang amanah kita.
.
.
Kalau rasa anak tak buat kesalahan besar tapi kita menjerit keterlaluan pada mereka mungkin kita yang ada masalah. Dapatkan rawatan ya!
5 Sebab Kenapa Kita Tak Boleh Jerit Pada Anak
Monday, 2 April 2018
Labels:
anak depression,
anak perangai buruk,
anak sakit fizikal,
anak sakit kronik,
Jerit pada anak,
pertumbuhan otak
loading..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments