KENAPA TAK BOLEH BERI SUSU SEGAR PADA BAYI?

Bila kerap kena tanya boleh tak anak saya umur kurang 12 bulan nak minum susu segar saya rasa kena jelaskan kenapa baby tak boleh minum susu segar. 

.
.
Susu segar atau full cream cows milk (susu tepung segar) memang sumber protein dan calcium yang bagus untuk anak-anak. Takde gula dan yang bestnya ianya paling semulajadi. Tentulah ia pilihan yang terbaik
.
.
Namun untuk bayi yang kurang setahun susu segar/ tepung segar sangat tidak sesuai diberikan. Menurut kajian, susu segar menyebabkan bayi kekurangan darah (anemia). Kenapa anemia? susu segar menyebabkan keradangan pada dinding usus. Bila radang ada sedikit pendarahan dan akhirnya baby pun boleh kurang darah.
.
.
Kandungan protein di dalam susu segar pun tak sesuai untuk bayi. Ratio casein lebih tinggi berbanding whey. Casein ni orang panggil tough protein dan kalau terlalu tinggi boleh buat buah pinggang terpaksa bekerja keras dan akhirnya boleh rosakkan buah pinggang baby.
.
.
Susu segar mengandungi 3x ganda garam dan potassium, 4x ganda calcium dan 6x ganda fosfat. Kandungan fosfat yang tinggi boleh menyebabkan sawan pada bayi.
.
.
Sebenarnya ada lagi sebab lain. Tapi saya rasa sebab kat atas ni pun dah sangat sangat kuat untuk tegaskan apa-apa pun tunggu SETAHUN baru kenalkan susu segar / tepung segar pada anak. Setahun tu saya maksudkan lepas hari lahir pertama tauu!
.
.
Apape pun the best is of course SUSU IBU. Kalau ada permasalahan dari segi supply pilihlah infant formula bukan susu segar.
.
.
Lepas tu 6 bulan nanti jangan lupa cuba Toddible. Makanan sihat untuk baby anda! Untuk pembelian Toddible boleh terus klik link www.toddible.com.my
.
.
#toddible
#tipsamalina
#welovebaby
#raising_healthy_kids

No comments