BAHAYA BILA CAIRKAN SUSU PADA ANAK!

Kebanyakan mak mak bila anak ada masalah sembelit mengambil langkah untuk mencairkan susu. Katanya susu lah punca anak meneran-neran ketika nak membuang. Betul ke?

.
Sebenarnya macam ni...untuk anak yang kurang dari 6 bulan dan bergantung pada susu ibu sahaja, nak dapat sembelit adalah sangat-sangat mustahil. Kerana susu ibu mempunyai ratio protein dan lemak yang sangat seimbang. 
.
.
Tapi bagi bayi yang minum susu formula, mak mak kena bancuh ikut arahan yang tertera. Ada yang 30ml 1 scoop, ada yang 60ml 1 scoop. Semuanya bergantung pada saiz scoop jugak.
.
Ni sebab kenapa tak boleh cairkan susu pada anak.
.
1. Penyebab berat badan anak tak naik. 
.
Setiap susu mempunyai nilai kalori yang telah dikira sebab tu ada cadangan berapa nak bagi pada setiap penyusuan. Contohlah katakan setiap kali bagi susu akan dapat 44kcal tapi sebab mak mak cairkan, baby cuma dapat 22 kcal. Bila pengambilan kalori kurang, dah tentu berat badan tak naik. 

.
.
2. Boleh sebabkan sawan
.
Ye mak. Bila mak cairkan susu, mak telah beri lebih air dari sepatutnya. Bayi ni bukan boleh singkirkan air secara efisyen sampai 10 bulan. Jadi kalau beri lebih air, air tu akan tersimpan pada badan.
.
Dalam badan manusia ni Allah dah fix kan berapa elektrolit dan garam yang sepatutnya nak bagi badan fungsi dengan sempurna. Bila banyak sangat air, kepekatan garam dan elektrolit berubah dan sebabkan sawan, koma, kecederaan otal. Kalau lambat dikesan, boleh sebabkan nyawa melayang.
.
.
3. Kurang Nutrisi
.
Setiap susu lebih-lebih lagi susu yang khusus untuk bayi bawah 6 bulan telah diformulasi sesuai dan menyamai khasiat dari susu ibu. Kalau kita bancuh lebih cair jadi khasiat yang didapatkan bayi akan berkurangan.
.
Kurang nutrisi sangat bahaya sebab boleh bantutkan perkembangan bayi, anemia dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
.
.
.
Jadinya bila anak sembelit, mencairkan susu ibu bukanlah jalan yang patut diambil. Mungkin susu yang diberikan tidak serasi dengan bayi. Perlu tukar susu kepada yang lebih berfiber atau mengandungi prebiotic.
.
Bila anak dah boleh makan, amalkan makanan yang seimbang. Berikan makanan yang tinggi fiber macam brown rice, barley dan oat. Banyakkan sayur dan buah-buahan. Jangan lupa beri anak minum air jugak. Jangan lupa dapatkan makanan bayi sihat dari TODDIBLE.
.
.
Jangan lupa COMMENT kat bawah supaya lebih ramai mak mak dapat baca post ni. SHARE kan dan jangan lupa set saya SEE FIRST. Jom ikut chatbot saya di m.me/AmalinaMohdDaud
.

No comments