BAHAYA BILA CAIRKAN SUSU PADA ANAK!

Kebanyakan mak mak bila anak ada masalah sembelit mengambil langkah untuk mencairkan susu. Katanya susu lah punca anak meneran-neran ketika nak membuang. Betul ke?

.
Sebenarnya macam ni...untuk anak yang kurang dari 6 bulan dan bergantung pada susu ibu sahaja, nak dapat sembelit adalah sangat-sangat mustahil. Kerana susu ibu mempunyai ratio protein dan lemak yang sangat seimbang. 
.
.
Tapi bagi bayi yang minum susu formula, mak mak kena bancuh ikut arahan yang tertera. Ada yang 30ml 1 scoop, ada yang 60ml 1 scoop. Semuanya bergantung pada saiz scoop jugak.
.
Ni sebab kenapa tak boleh cairkan susu pada anak.
.
1. Penyebab berat badan anak tak naik. 
.
Setiap susu mempunyai nilai kalori yang telah dikira sebab tu ada cadangan berapa nak bagi pada setiap penyusuan. Contohlah katakan setiap kali bagi susu akan dapat 44kcal tapi sebab mak mak cairkan, baby cuma dapat 22 kcal. Bila pengambilan kalori kurang, dah tentu berat badan tak naik. 

.
.
2. Boleh sebabkan sawan
.
Ye mak. Bila mak cairkan susu, mak telah beri lebih air dari sepatutnya. Bayi ni bukan boleh singkirkan air secara efisyen sampai 10 bulan. Jadi kalau beri lebih air, air tu akan tersimpan pada badan.
.
Dalam badan manusia ni Allah dah fix kan berapa elektrolit dan garam yang sepatutnya nak bagi badan fungsi dengan sempurna. Bila banyak sangat air, kepekatan garam dan elektrolit berubah dan sebabkan sawan, koma, kecederaan otal. Kalau lambat dikesan, boleh sebabkan nyawa melayang.
.
.
3. Kurang Nutrisi
.
Setiap susu lebih-lebih lagi susu yang khusus untuk bayi bawah 6 bulan telah diformulasi sesuai dan menyamai khasiat dari susu ibu. Kalau kita bancuh lebih cair jadi khasiat yang didapatkan bayi akan berkurangan.
.
Kurang nutrisi sangat bahaya sebab boleh bantutkan perkembangan bayi, anemia dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
.
.
.
Jadinya bila anak sembelit, mencairkan susu ibu bukanlah jalan yang patut diambil. Mungkin susu yang diberikan tidak serasi dengan bayi. Perlu tukar susu kepada yang lebih berfiber atau mengandungi prebiotic.
.
Bila anak dah boleh makan, amalkan makanan yang seimbang. Berikan makanan yang tinggi fiber macam brown rice, barley dan oat. Banyakkan sayur dan buah-buahan. Jangan lupa beri anak minum air jugak. Jangan lupa dapatkan makanan bayi sihat dari TODDIBLE.
.
.
Jangan lupa COMMENT kat bawah supaya lebih ramai mak mak dapat baca post ni. SHARE kan dan jangan lupa set saya SEE FIRST. Jom ikut chatbot saya di m.me/AmalinaMohdDaud
.

Bila saya nak tahu anak saya tidak berkembang dengan betul?

Selalu mak mak akan pm saya tanya anak mereka ok tak. Usia ni anak tak jalan lagi, usia ni anak tak bercakap lagi. Ada yang terlebih risau sebab duk banding dengan anak orang lain. Sebenarnya development ni ikut anak-anak juga,
.
carta perkembangan bayi mengikut usia

.
Namunn, kena risau juga pada usia tertentu anak tidak ikut perkembangan. Jadi secara general nya mak mak kena ambil tahu #tahap perkembangan anak-anak. Bila nampak anak kita macam lewat supaya kita boleh bawak terus jumpa doktor untuk early intervention- ni saya panggil #red_flag
.
.
Red flag ni amaran bahaya. Jadi kita tengok usia anak kita dan tengok tanda red flag ni ada tak..kalau ada cepat-cepat bawak jumpa doktor ya! 
.
.
RED FLAG PERTUMBUHAN
=======================
.
#2_bulan
.
1. Bila ada bunyi kuat, bayi memang tiada response
2. Bayi tidak senyum (no social smile)
3. Bayi tidak masukkan tangan ke mulut. (hand to mouth reflex)
4. Bila kita buat tummy time, kepala bayi tidak terangkat
.
.
#4_bulan
1. Mata bayi tidak follow object yang kita pegang di depan mata dia
2. Bayi tidak senyum (no social smile)
3. Bila didudukkan, kepala bayi masih lembik
4. Bayi tidak berbunyi/ bersuara
5. Bayi tidak masukkan #object ke dalam mulut
6. Bila didirikan di atas permukaan keras, bayi tidak menolak kaki ke bawah
7. Mata tidak bergerak ke semua arah - sama ada sebelah mata, atau kedua belah mata.
.
.
#6_bulan
1. tidak mencapai objek dalam jangkauan dia
2. tidak menunjukkan sayang kepada penjaga 
3. Bayi tidak masukkan #object ke dalam mulut
4. Bayi tidak berbunyi/ bersuara
5. Bayi tidak dapat bergolek - sama ada terlentang ke tiarap atau tiarap ke telentang.
6. Bayi tidak ketawa/ keriangan (squeaking)
7. Badan terlalu #keras seperti kejang/ atau terlalu #lembik seperti anak patung
8. bayi tidak memberi reaksi kepada #persekitaran.
.
.
#9_bulan
1. bayi tidak dapat menampung berat dengan kaki apabila didirikan
2. tidak dapat duduk sendiri
3. tiada: mama, papa, dada
4. tiada response bila nama dipanggil
5. tidak kenal orang yang familiar
6. tidak melihat apabila ditunjuk. contoh: adik tengok tu..tak tengok pun
7. tidak memindahkan objek antara tangan. 
.
.
#12_bulan
1. tidak merangkak
2. tidak berdiri dengan sendiri
3. tidak mencari barangan yang kita sorokkan di depan mata
4. tidak cakap apa-apa
5. tidak buat bye bye apabila diajar
6. tidak menuding jari
.
.
#18_bulan 
1. tidak menuding jari kepada objek yang ingin ditunjuk
2. masih tidak berjalan
3. tidak tahu kegunaan objek yang biasa dilihat - cawan-minum, pinggan-makan, sudu-suap
4. tidak meniru aksi/ perkataan orang tua
5. tidak mempelajari perkataan baru
6. tidak dapat bercakap sekurang-kurangnya 6 patah perkataan
7. tidak kisah sekiranya penjaga tiada di sisi
.
.
#2_tahun
1. tidak menggunakan 2 frasa - nak susu, nak tidur, nak main
2. tidak tahu kegunaan objek yang biasa dilihat - cawan-minum, pinggan-makan, sudu-suap
3. tidak meniru aksi/ perkataan orang tua
4. tidak dapat mengikut arahan mudah
5. tidak dapat berjalan dengan lancar
.
.
.
Red flag ini betul untuk bayi yang lahir cukup bulan. Untuk bayi pramatang kena ikut corrected age ya. Kalau perkembangan bayi ikut usianya, pada usia 6 bulan boleh mula menggunakan #toddible_babyfood.
.
.
Semoga membantu!
.
.
#toddible
.
.
Amalina Mohd Daud
Mak kiasu check anak tiap bulan

KENAPA TAK BOLEH BERI SUSU SEGAR PADA BAYI?

Bila kerap kena tanya boleh tak anak saya umur kurang 12 bulan nak minum susu segar saya rasa kena jelaskan kenapa baby tak boleh minum susu segar. 

.
.
Susu segar atau full cream cows milk (susu tepung segar) memang sumber protein dan calcium yang bagus untuk anak-anak. Takde gula dan yang bestnya ianya paling semulajadi. Tentulah ia pilihan yang terbaik
.
.
Namun untuk bayi yang kurang setahun susu segar/ tepung segar sangat tidak sesuai diberikan. Menurut kajian, susu segar menyebabkan bayi kekurangan darah (anemia). Kenapa anemia? susu segar menyebabkan keradangan pada dinding usus. Bila radang ada sedikit pendarahan dan akhirnya baby pun boleh kurang darah.
.
.
Kandungan protein di dalam susu segar pun tak sesuai untuk bayi. Ratio casein lebih tinggi berbanding whey. Casein ni orang panggil tough protein dan kalau terlalu tinggi boleh buat buah pinggang terpaksa bekerja keras dan akhirnya boleh rosakkan buah pinggang baby.
.
.
Susu segar mengandungi 3x ganda garam dan potassium, 4x ganda calcium dan 6x ganda fosfat. Kandungan fosfat yang tinggi boleh menyebabkan sawan pada bayi.
.
.
Sebenarnya ada lagi sebab lain. Tapi saya rasa sebab kat atas ni pun dah sangat sangat kuat untuk tegaskan apa-apa pun tunggu SETAHUN baru kenalkan susu segar / tepung segar pada anak. Setahun tu saya maksudkan lepas hari lahir pertama tauu!
.
.
Apape pun the best is of course SUSU IBU. Kalau ada permasalahan dari segi supply pilihlah infant formula bukan susu segar.
.
.
Lepas tu 6 bulan nanti jangan lupa cuba Toddible. Makanan sihat untuk baby anda! Untuk pembelian Toddible boleh terus klik link www.toddible.com.my
.
.
#toddible
#tipsamalina
#welovebaby
#raising_healthy_kids