AWAS TANDA AWAL BAYI BARU LAHIR KALAU DIBIAR BOLEH MEMBAWA MAUT

tanda awal bayi baru lahir yang kena diperhatikan

Ada sorang mak ni, lepas bersalin..anak dan emak dah discharge. Tapi mak perasan anak kerap menangis. Apape pun nak nangis - pakai baju menangis, pakai lampin menangis. Susu pun kurang. Tapi sebab tak tau tu masalah pada anak. Sampai lah tiba-tiba anak lembik tak bangun. 
.
.
Rupanya lambat dikesan dan sedihnya anak lebih disayangi yang Maha Esa. Baca kisah ni saya sedih sangat. Teringat keperitan mengandung dan melahirkan. Bila mak mak takde knowledge nak kesan anak sakit dari awal, begini jadinya.
.
.
Saya terpanggil untuk senaraikan tanda-tanda awal mengesan sekiranya bayi sakit. Supaya mak mak dapat kesan tanda-tanda awal dan buat rawatan awal.
.
.
Ni tanda-tandanya:
.
1. Sebarang tanda seperti - batuk, cirit birit dan muntah. Muntah berwarna hijau biasanya tanda yang sangat bahaya
.
2. Masalah menyusu - susu sedikit, susu terlalu sekejap, kerap bangun untuk susu,
.
3. Lemah sangat nak menyusu, atau menyusu terlalu sekejap
.
4. Berpeluh-peluh ketika menyusu
.
5. Terlalu banyak tidur.
.
6. Ototnya lembik. Kalau angkat tangannya begitu lemah
.
7. Kurang bergerak
.
8. Demam pada usia kurang 3 bulan
.
9. Berbunyi ketika bernafas.
.
10. Berubah bunyi tangisan - tangisan jadi lemah/ berubah bunyi
.
.
.
So kalau ada tanda ni pada bayi dan anak yang baru lahir, bawa cepat bertemu doktor ya. Kadang-kadang sakit yang serius tak dapat dikesan sewaktu lahir tapi hanya boleh dikesan bila bayi di rumah.
.
.
Sebab tu saat lepas bayi dibawa balik ke rumah, nurse dari klinik kesihatan akan datang dan buat pemeriksaan. Selain check kuning, mereka pun akan turut sama check penyakit lain. Kalau ada kemusykilan boleh terus rujuk.
.
.
COMMENT di post ni supaya lebih ramai mak mak dapat belajar sesuatu bila anak baru lahir. SHARE kan supaya ramai2 dapat belajar. InsyaAllah!
.
.
Ps - follow chatbot saya di m.me/AmalinaMohdDaud

No comments