Barli ni sebenarnya makanan ruji orang Scotland!. dan kenapa ia bagus untuk bayi

Korang tau tak...barley ni dah ada berkurun lama sebagai makanan ruji sejak zaman mesopotamia lagi. Betapa lama lah barley ni tauu. Barley ni kalau dalam dunia termasuk dalam top 4 untuk tanaman terbesar. Punyalah banyak negara gunakan barley.
.
.

Sekarang ni bila belajar mengenai barley, bangga tau sebab serbuk seumpama #toddible_quickbarley ni dah lama digunakan di Scotland untuk dibuat bubur. Maju sangat lah orang Scotland ni.
.
.
Dekat negara-negara middle east ni macam Arab, Persia...barley dijadikan soup. Waktu ramadhan barley ni dijadikan salah satu hidangan #berbuka_puasa. Punyalah banyak khasiat barley ni sampai dijadikan makanan ruji.
.
.
So mak mak selain beri anak bubur nasi putih, bubur nasi perang, boleh jugak beri anak bubur barley. Kalau saya suka suggest selang-selang sebab lain jenis carbohydrate lain khasiat yang anak dapat,
.
.
Kalau rasa nak jimat masa dan mudah, guna je Toddible quickbarley. Semudah hanya tambah air panas je. Serbuk dia pun tersangatlah halus. CUma time bancuh tu kena kacau kacau kuat sikit. Maklumlah kami guna bahan #original takde bahan kimia untuk mudahkan larutan kan.
.
.
Jom ala-ala internationale sikit dengan quickbarley powder
.
.
Amalina Mohd Daud
Presiden penanam barli


=======================================================================

Dapatkan resepi makanan untuk si manja anda di: https://www.facebook.com/groups/1285089648221822/

dan make sure follow Amalina Mohd Daud di:

FB: https://www.facebook.com/amalina.m.daud
FB Page: https://www.facebook.com/toddible/
Insta: https://www.instagram.com/toddible_babyfood/
Twitter: https://twitter.com/toddible
Blog: https://toddible.blogspot.my/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UC_DFuAVcPdEDiGCl0fHEMXA



ToDDible's Quick Barley 





Bayi Saya Sembelit?
==================
.
Mak mak tentu rasa sedih bila tengok bayi sembelit. Ada yang tak tahan tengok bayi meneran-neran ketika nak membuang, Ada yang tak tahan tengok bayi menangis kesakitan ketika membuang. Adakah semua tu sembelit?
.
.
Sembelit ni sebenarnya terbahagi kepada 2:
1. Najis yang #keras dan #kering. Kalau kita tengok bulat-bulat najis dia macam najis kambing. Walaupun kerap membuang, najis yang keras tetap di anggap sembelit.
.
2. Kekerapan membuang #kurang kerap dari biasa. Biasa 2-4 kali sehari tiba-tiba tak membuang langsung sehari.
.
.
Kenapa anak kita sembelit?
.
1. Memulakan makanan pertama
.
Ramai bayi yang dahulu normal membuang dengan susu ibu, kini menjadi #sembelit apabila kita mula beri makan especially bila mula beri #buburkosong - simple sebab bubur kosong #kurang_fiber. Sebab tu kalau bayi sembelit, saya biasa suggest TODDIBLE brown rice, oatmeal atau barley yang mempunyai fiber yang lebih tinggi dan bantu bayi menyelesaikan masalah sembelit.
.
Namun..bila dah makan makanan tinggi fiber, pastikan bayi anda minum #cukup_air untuk pastikan kelancaran sistem penghadaman di usus. Tak guna kalau makan banyak banyak fiber tapi kurang air. Fiber menarik air ke dalam usus untuk lancarkan perjalanan najis. Takde air, fiber pun tak boleh buat apa-apa.
.
.
2. Minum susu formula
.
Fakta benar, susu ibu adalah susu terbaik. Bayi yang hanya minum susu ibu untuk 6 bulan pertama TIDAK akan sembelit sebab kandungan lemak dan protein dalam susu ibu adalah seimbang.
.
Namun, dalam susu formula kandungan protein kadang-kadang buat bayi sembelit. Jika anda baru mencuba/ bertukar susu formula, sentiasa periksa #najis anak untuk pastikan anak sesuai dan tidak sembelit.
.
.
3. Kurangnya air
.
Bila bayi kurang air, sistem dalam badan akan menyerap semua air di dalam usus untuk memastikan air di dalam badan cukup. Bila air di tarik dari usus, najis yang terhasil akan lebih keras. 
.
Sentiasa pastikan bayi anda cukup air. Selain beri susu, anda boleh offer air kosong pada anak anda. 
.
.
Bagaimana nak atasi bayi sembelit?
.
1. Sentiasa pastikan bayi exercise
.
Untuk bayi yang masih tidak boleh bergerak, sentiasa exercisekan baby. Selain bagus untuk bonding, exercise sangat membantu bayi membuang. Untuk yang dah besar, biarlah anak berlari sepuas-puasnya. Anak saya memang ada habit berak lepas lari.
.
2. Urut perut bayi anda
.
Boleh urut I LOVE YOU, untuk bantu bayi mudah membuang. Urutan ini sebenarnya mengikut perjalanan najis di dalam usus - 
.
3. Jaga pemakanan
.
Elak kan pisang, bubur putih penyebab sembelit. Gantikan dengan makanan yang lebih berfiber seperti TODDIBLE organic oatmeal, brown rice dan barley.
.
.
Saya doakan dengan artikel ini, semua yang selalu pm saya berkenaan anak yang sembelit dapat sikit kefahaman. Selalu set SEE FIRST dan jika ada isu yang anda mahu saya tulis dan terangkan, terus pm ya.
.
.
Follow kami di https://www.facebook.com/toddible/
dan saya personally di https://www.facebook.com/amalina.m.daud

ToDDible, Raising Healthy Kids Through Healthy Diet