Ibu-ibu semua mesti berasa bingung saat anak menolak untuk
makan secara tiba-tiba. Sebelum ni ok je suap apa sahaja mesti bukak mulut dah
macam batu belah batu bertangkup..kini menginjak usia 8-9 bulan tiba-tiba si
comel anda taknak makan lagi dah.
.
.
Waktu makan je mesti dah macam perang…mak kejar anak nak
suap makan, anak lari (merangkak) berkeliaran seolah-olah takut untuk makan.
Kita ibu-ibu ni mesti risau anak dah mula boleh bergerak tapi kalori yang
diambil makin kurang. Takkan nak bergantung pada susu kan?
.
Jom saya huraikan kenapa anak tak nak makan..
.
.
1. Ingin menerokai dunia
.
Apabila anak sudah mahu bereksplorasi dan menerokai
sekeliling, mereka merasakan bahawa aktiviti makanan adalah amat membosankan.
Waktu makan dianggap sebagai waktu yang menghalang kebebasan mereka.
.
.
2. Gigi saya nak tumbuhlah, ma!
.
Bila gigi anak sudah mulai tumbuh, adakalanya gusi terasa
gatal..adakalanya gusi terasa sakit. Jadi, tekstur makanan yang terlalu lembut
menyebabkan anak-anak hilang minat terhadap makanan. Mungkin, kalau kasar sikit
anak akan ok je.
.
.
3. Anak tidak sihat
.
.
Si comel saya kalau selesema atau batuk langsung tiada
selera makan. Ini kerana, badan mereka merasa tidak selesa dan lemah. Aktiviti
menelan makanan pun boleh mngganggu pernafasan mereka. Jadi, memang si comel
tidak suka makan kalau tidak sihat.